BAB 38

902 56 14
                                    

Ayden menghayun langkahnya ke arah sliding door yang menghubungkan ruang tamu dengan kolam renang. Sliding door dibuka. Kelibat isterinya yang sedang duduk di tepi kolam renang sambil merendam kakinya ke dalam kolam menerpa pandangannya.

Dia bersandar di dinding di tepi sliding door lalu menyilangkan tangannya ke dada. Ingin memerhati isterinya dari situ. Bukan dia tak nak pergi tenangkan isterinya tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai.

Biarlah isterinya duduk di situ tanpa gangguannya dahulu. Dia tahu... Airish perlukan masa dan ruang untuk dia bersendirian.

Airish yang tidak sedar akan kehadiran suaminya, hanya merenung air kolam yang kelihatan berkilauan disebabkan oleh sinaran matahari. Tampak tenang aje air jernih itu tapi hatinya tidak mampu setenang air itu.

Dia mendongak memandang langit. Dapat dia lihat awan-awan putih seperti kapas yang berterbangan di langit biru yang cerah. Seperti air tadi, awan itu itu tampak tenang tapi hakikatnya hatinya masih sama. Masih tidak mampu untuk tenang. Jiwanya bergelodak dengan pelbagai perasaan.

"Ibu... Kasih mintak maaf," tuturnya perlahan tanpa ada niat untuk mengalihkan pandangannya dari langit yang terbentang luas.

Kata orang, kalau ingin berbicara dengan seseorang yang jauh dari kita, kita boleh luah sambil memandang langit. Jadi, dia hanya mencuba. Lagipun, dia yakin yang ibunya dengar apa yang dia bicarakan.

"Kasih mintak maaf sebab Kasih lambat tahu pasal ibu," luahnya seolah-olah ibunya berada di depannya kini.

"Sekarang ibu dah... tak ada dekat sini. Dengan Kasih..." Dia mengetap bibirnya yang terketar-ketar. Tangannya yang menggigil digenggam kuat. Setitik demi setitik air matanya mula menitis.

Ya Tuhan... sakitnya rasa kehilangan. Bertambah seksa apabila dia langsung tak ada peluang untuk berjumpa dengan ibu kandungnya. Hatinya sakit bila dapat tahu yang ibu kandungnya dah meninggal dunia.

"Ibu mesti sedih kan sebab selama ni Kasih tak tahu pun pasal ibu. Sedangkan ibu adalah ibu kandung Kasih." Air mata yang berlumba-lumba membasahi pipinya langsung tidak dihiraukan. Dia mengukir senyuman hambar dalam tangisannya. Sakit! Perit! Pedih!

"Tapi... Kasih tahu ibu bahagia dekat sana. Terima kasih sebab lahirkan Kasih, ibu." Dia menangis teresak-esak. Tangannya naik mengurut dadanya yang terasa sesak.

Sakit menahan rindu terhadap orang yang sudah tiada. Lagi sakit bila orang itu meninggal disebabkan dirinya! Matanya dipejam buat seketika.

"Nanti Kasih pergi melawat ibu, ya. Tak pun nanti Kasih ikut ibu je. Boleh Kasih jumpa ibu. Kan, ibu?" Dia ketawa halus. Makin laju air matanya turun. Ya Allah... kuatkanlah dia...

"Kalau kau ikut ibu kau, aku macam mana? Tak kesian dekat aku?"

Suara husky milik seseorang menyapa halwa telinganya membuatkan dia hampir terjun ke dalam kolam. Nasib baik akal warasnya menahan dia untuk berbuat sedemikian.

Kalau tidak, mahunya kata-kata dia sebentar tadi termakbul serta-merta! Dia menoleh ke tepi bagi melihat gerangan tersebut. Apabila gerangan tersebut adalah suaminya, cepat-cepat dia mengesat pipinya yang sudah lencun dengan air mata. Tidak mahu Ayden nampak yang dia lemah.

Senyuman segaris dilempar buat suaminya sebelum dia kembali merenung langit. Lewat ekor mata, dia dapat lihat suaminya duduk di sebelahnya. Suaminya juga turut merendam kaki ke dalam kolam sepertinya.

Ayden menarik rapat badan Airish ke tubuhnya sebelum tubuh kecil isterinya itu dibawa ke dalam pelukannya. Hatinya dipagut rasa pilu saat telinganya menangkap suara Airish yang masih tersedu-sedan.

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now