BAB 31

4K 329 29
                                    

Airish yang sedang duduk di bangku yang berada di tepi laluan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok kelihatan begitu tekun melukis muka seseorang di dalam buku lukisannya. Tidak tahu kenapa tiba-tiba dia teringatkan kawan-kawannya sewaktu kecil.

Qashaf Ayden dan Qashaf Qusyairi. Mereka berdua merupakan kembar yang tidak seiras. Mereka bertiga sangat rapat waktu kecil dahulu. Oleh kerana umi dan ayah Airish adalah kawan baik kepada ibu kembar itu, mereka sering berjumpa.

"Korang dekat mana la sekarang eh? Korang sihat ke?" gumamnya perlahan. Ketika dia berusia lima tahun, hubungan mereka terputus macam tu aje. Kata umi dan ayahnya, keluarga kembar itu perlu berpindah atas urusan kerja.

Dia berhenti melukis buat seketika. Lukisannya sudah hampir siap. Lukisan itu ditenung dengan kerinduan yang membuak.

Qashaf Ayden. Dia sendiri pun pelik macam mana dia masih boleh ingat dengan teliti wajah kawan lamanya itu. Semalam pun dia meluangkan masa untuk melukis wajah Qashaf Qusyairi tapi di dalam buku lukisannya yang lain.

Disebabkan buku lukisan tu dah penuh dengan pelbagai lukisan, harini terpaksa la dia guna buku lukisan yang baru dibelinya tadi.

"Mesti korang dah lupakan aku kan?" Dia tersenyum hambar. 20 tahun. 20 tahun sudah berlalu. Mustahillah kan kalau dorang masih ingat dia lagi?

Kalau ingat pun, bukannya boleh cam muka. Sekarang pun masing-masing dah besar panjang. Mesti dah makin matang muka masing-masing.

"Rindunya dengan Aunty Marlina," luahnya di dalam hati. Keluhan dilepaskan. Marlina. Mummy kepada si kembar yang sememangnya cukup terkenal dengan sifat keibuannya.

Dia memerhati persekitaran taman itu. Tidak banyak yang berubah. Macam mana nak nampak perubahan kalau dah hampir tiap minggu dia datang ke sini. Setiap kali hujung minggu, di taman inilah dia menghabiskan masanya. Diisi dengan melukis.

Tengah ralit dia memerhati karenah orang yang berada di taman itu, pandangannya melekat pada seorang jejaka yang duduk di atas bangku tidak jauh darinya. Betul-betul di hadapannya.

Jejaka itu khusyuk memandang skrin telefon tanpa mempedulikan orang di sekeliling. Sungguh segak jejaka itu yang tampil dengan hoodie berwarna hitam bersama seluar jeans yang senada warnanya dengan hoodie.

"Handsome betul. Kalah Rayyan aku," komennya tanpa sedar. Tidak pasal-pasal nama buah hatinya dipetik. Mesti tersedak cinta hatinya itu! Tiba-tiba dia mendapat satu idea.

"Aci tak kalau nak lukis muka dia?" Dia ketawa jahat. Tak pernah-pernah dia lukis muka orang yang tak dikenalinya sebelum ini. Bagi dia, perkara itu dah termaktub sebagai 'tidak hormat privasi orang'.

Tapi kalini... hati dia bagai meronta-ronta pula ingin melukis gambar jejaka itu. Mungkin disebabkan jejaka itu cukup pakej? Tak pun saja nak buat koleksi Candy Crushnya. Haih! Rayyan tu belum cukup ke Airish oi!

"Lantaklah! Aku nak lukis jugak. Sekali ni je, tak apa kot," putusnya sambil tergelak kecil. Dia membelek buku lukisannya kepada halaman yang kosong. Lukisan tadi belum siap sepenuhnya tapi tak apalah. Balik nanti dia siapkan.

Dia kembali fokus sambil melari-larikan pensel kayunya di atas kertas lukisan. Sesekali matanya melirik ke arah jejaka itu. Jangan la jejaka itu pergi lagi. Bagi dia siapkan lukisan dia dulu!

Ketika dia mengangkat mukanya untuk memandang jejaka itu, mata mereka bertembung.

Gulp!

Kalut dia mengalihkan matanya ke arah lain. Jangan la cakap yang jejaka itu perasan! Kalau tak, mati la dia!

Dia menghembus nafas lega apabila jejaka itu kembali melihat skrin telefonnya. Fuh, selamat! Lukisannya yang sudah hampir sempurna itu disudahkan. Dan... siap!

Bangga dia dengan hasil lukisannya. Tapi tetap tak boleh lawan yang original! Dalam lukisan tu, jejaka itu dah cukup handsome tapi bila tengok depan-depan lagi berganda-ganda handsome dia!

Nampak tak betapa handsomenya jejaka itu? Patutlah tangan dia gatal sangat nak lukis wajah lelaki itu!

Serentak dengan lukisan dia siap, jejaka itu terus bangun untuk beredar dari situ. Macam tahu-tahu je! Lukisan itu ditatap. Kenapa hati dia rasa macam... ada sesuatu?

Airish tersengih-sengih seperti kerang busuk setelah menceritakan kejadian dua tahun lepas kepada suaminya.

Rupa-rupanya jejaka yang pernah dilukisnya dulu adalah jodoh dia! Merangkap kawannya masa kecil dulu! Tak sangka pula. Kecil betul dunia ni. Alih-alih dengan orang yang sama je yang dia jumpa.

Bila dia tengok muka suami dia buat pertama kali tadi, rasa nak menjerit pun ada. Tak percaya jejaka yang ditenung diam-diam dulu, kini adalah suami dia!

Pap!

Dia mengaduh apabila dahinya dijentik oleh Ayden. Dahinya digosok. Sebenarnya, tak ada la sakit sangat. Cuma tindakan spontan plus saja nak mengada!

"It's your punishment tesoro sebab memandai lukis muka orang tanpa kebenaran." Ayden mengecilkan matanya memandang isterinya.

Muka Airish cemberut. Masam mencuka wajahnya. Tangannya disilangkan ke dada dengan matanya lurus memandang ke hadapan. Langsung tidak memandang wajah kacak suaminya.

"Tak payah merajuk. Tak nak tunjukkan lukisan tu dekat aku ke?" Ayden memancing perhatian isterinya. Bila muka isteri dia kembali ceria, dia tersenyum nipis. Excited la tu nak tunjuk!

"Kejap tau saya ambik buku lukisan tu," kata Airish laju sebelum dia berlari untuk mengambil buku lukisan yang dimaksudkannya. Tak lama selepas itu, dia kembali dengan buku yang berada di tangan.

"Nah!" Buku lukisan itu dihulur kepada suaminya. Nampak sangat mukanya yang terlebih teruja itu.

"Handsomenya aku. Patutlah orang tu tenung macam nak tembus," sakat Ayden dengan senyuman sinis. Pada masa yang sama, dia memuji lukisan isterinya. Sungguh berbakat. Sebijik dengan muka dia. Langsung tidak ada cacat cela.

Airish mencebik. Malas nak membalas. Suami dia tu kalau dah bertukar kepada mod menyakat, memang dia rasa nak cepuk je suami dia tu.

Ayden tergelak melihat mulut isterinya yang terjuih-juih. Mengata dia la tu! Macam-macam karenah isteri dia. Kejap manja, kejap malu, kejap nakal, kejap cengeng hm...

"Tapi kan awak, mana Que? Kenapa awak macam berhati-hati je dengan dia?" soal Airish tiba-tiba. Banyak kali jugalah dia rasakan yang Ayden ni macam cuba untuk lari daripada Qusyairi. Ada apa-apa yang terjadi ke antara mereka berdua?

"Aunty Marlina pulak pergi mana?" tanyanya lagi. Sepanjang perkahwinan mereka, Ayden tak pernah kenalkan dia kepada mertuanya itu. Masa perkahwinan mereka pun, rasanya tak ada sorang pun ahli keluarga Ayden yang datang. Hanya Mark dan Ivan je ada.

Ayden tersentak hebat. Tak sangka yang isterinya akan bertanya soalan itu. Rasanya belum tiba masanya lagi untuk isteri dia tahu.

"Dah lewat sangat dah ni. Time to sleep, babygirl." Dia berdalih sambil menutup buku lukisan tadi sebelum diletakkan di atas meja.

Airish mengeluh kecil. Baru dia nak menagih jawapan dari Ayden! Kenapa dia rasa Ayden banyak berahsia dengan dia? Pasal lelaki-lelaki yang kejar mereka tadi pun sampai ke sudah Ayden tak jawab.

"Apa yang awak sembunyikan dari saya, Ayden?" bisiknya di dalam hati.

-----------------------------------------
Know know dah bab 31.
Maaflah kalau cerita ni banyak kekurangan huhu

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now