BAB 32

4.6K 326 52
                                    

"Siap pun!" Airish tersenyum puas setelah dia siap mencuci pinggan. Kalau ikutkan hati dia, malas nak cuci lagi akibat terlampau kenyang. Perut dia pun dah ke depan dah!

Bukan sebab makan banyak tapi disebabkan kenyang dengan air! Tekaknya terliur sangat nak makan ramen Carbonara tadi sampai tak kisah pedas ataupun tidak. Setelah sesudu ramen masuk ke dalam mulutnya, habis segelas air yang dia minum.

Dah tahu tak boleh tahan makan pedas, gatal juga nak makan! Tapi nak buat macam mana, nikmat sangat makan ramen sambil layan drama!

Pintu peti sejuk dibuka sebelum tangannya laju mencapai aiskrim Kitkat Gold. Dia membuka plastik aiskrim setelah pintu peti sejuk itu ditutup semula. Aiskrim itu digigit sedikit.

"Sedapnya..." Dia memejam matanya buat beberapa saat menikmati aiskrim Kitkat Gold itu. Plastik aiskrim tadi dibuang ke dalam tong sampah lalu dia menghayun kakinya ke ruang tamu. Nak sambung layan drama!

"Dah tak ada makanan yang lebih sihat ke kau nak makan, tesoro?" sergah Ayden yang datang entah dari mana. Tangannya disilangkan ke dada.

Mujur tak terlompat ke belakang si Airish ni dek kerana terkejut dengan sergahan Ayden. Mana tak terkejut kalau disergah sebegitu? Tapi lain pula jadinya bila aiskrim Kitkat Goldnya yang menjadi mangsa. Terpelanting aiskrimnya! Terus lesap dari tangan.

"Ei apa awak ni Ayden..." rengeknya apabila aiskrimnya sudah elok mencium lantai. Dia menghentak kakinya ke lantai. Aiskrim tu mahal kot! Memang la bukan guna duit dia tapi tetap juga rasa nak menangis.

Ayden menahan senyum. Elok juga aiskrim tu jatuh. Isteri dia tu suka sangat makan makanan manis. Lagi-lagi aiskrim! Kalau ramen tu pula, memang jarang sangat isteri dia makan. Mungkin dua bulan sekali.

"Makan makanan yang sihat sikit tak boleh ke?" tanyanya sambil menjongketkan kening. Matanya dikecilkan. Tadi makan ramen, sekarang makan aiskrim pula.

Airish mencebik. Nak salahkan dia pula. Padahal suami dia sendiri yang belikan makanan ni semua. Dalam peti ais tu pula penuh dengan pelbagai jenis aiskrim! Mana dia tak tergoda dengan aiskrim-aiskrim tu? Sudahlah semuanya sedap-sedap belaka!

Rasanya kalau bukan dia yang makan, memang aiskrim tu terbiar ajelah dalam peti ais tu. Ayden? Suami dia mana la makan makanan macam tu. Takkan nak suruh toyol pula yang makan? Dia menarik muka masam. Ni dia rasa nak menangis ni!

"Pergi duduk dekat ruang tamu dulu. Biar aku bersihkan," kata Ayden setelah melihat muka cemberut isterinya. Badan isterinya didekati sebelum ciumannya dilabuhkan ke dahi isterinya.

"Tak apalah. Saya boleh bersihkan." Perlahan aje suara Airish. Aiskrimnya yang sudah mencair dipandang dengan mulutnya yang dimuncungkan sedepa. Turut bersimpati dengan nasib aiskrimnya. Haih! Sayang pula rasanya bila membazir macam tu aje.

Ayden tergelak kecil dengan telatah isterinya. Alahai sampai macam tu sekali penangan aiskrim Kitkat Gold tu! Kepalanya digelengkan.

"Tak payah buat muka macam tu. Pergi ambil yang lain je," suruhnya sambil mengambil tisu yang terletak di meja. Ingin membersihkan aiskrim yang terjatuh tadi. Isteri dia pula hanya pegun di tempatnya tadi.

"Tak nak dah..." Airish menggelengkan kepalanya beberapa kali. Terbantut seleranya untuk makan aiskrim. Nanti kang tak pasal-pasal aiskrim tu rezeki lantai lagi.

Terletus tawa Ayden. Pasrah betul bunyinya. Ni dah serik ke apa ni? Ke merajuk? Tapi tak ada nampak macam merajuk pun. Dia berlalu ke sinki untuk membasuh tangannya setelah siap membersihkan lantai.

"Haih nasib engkaulah aiskrim," keluh Airish. Masih tak dapat terima kenyataan. Suami dia bersihkan lantai tadi pun dia tak perasan. Lupa pula. Sepatutnya dia yang perlu bersihkan lantai itu.

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now