CHAPTER 77 - Mister/Miss Beauty Contest II

Start from the beginning
                                    

"Azura!? Dia tak pernah join Beauty Contest sebelum ni. Asal dia tiba-tiba join tahun ni?"

"Mungkin sebab Fighting Tournament takde kot tahun ni...sebab tu dia join Beauty Contest."

"Tapi...siapa perempuan yang dorang tengah tarik tu...?"

Perbualan semua wanita yang melihat gelagat Azura, Lily dan wanita misteri itu.

Wanita ketiga itu juga memakai jubah hitam, menyembunyikan pakaiannya seperti Azura. Tetapi, dia menutup kepalanya dengan hood jubahnya. Jadi, mereka tidak tahu identiti wanita ketiga itu.

Azura menarik tangan kanan wanita ketiga itu sekuat mungkin. Gerahamnya diketap.

"Ughh! Cepat lah, Elza! Kau dah janji kau nak join contest ni kan?"

Benar.

Wanita ketiga itu adalah Elza Twilight.

Lily yang berada di sebelah kiri, menarik tangan Elza juga, mengangguk setuju. Tetapi, wajahnya merah seperti menahan nafas. Kekuatan fizikalnya tidak sekuat Azura dan Elza.

"Be-betul tu, Elza! Pegang kata-kata kau!"

"!!??"

Serta-merta, terkejut beruk semua orang di situ. Mata dan mulut mereka terbuka luas.

"EHHHH!? ELZA!?"

Elza menggeleng kepalanya. Cuba sedaya upaya untuk menahan diri dari ditarik dengan mencengkam lantai dengan kakinya.

"Aku ubah fikiran! Aku taknak join! Ini terlalu memalukan!"

Jessica yang melihat situasi tersebut dari tadi, masih tidak menutup mulutnya.

Dia terkedu.

Dia sangkakan contest tahun ini dia ada peluang untuk menang. Contest tahun-tahun yang lepas, dia tidak berpeluang untuk sertai kerana dia sering sibuk dengan kerja modelnya.

Tetapi, apabila tiga wanita ini munculkan diri. Dia mula was-was dengan kemenangannya.

Dalam kategori kecantikan wajah, di antara Jessica dan tiga wanita itu, Jessica masih yakin yang dia boleh menang.

Kategori pakaian pula, mungkin agak sengit sedikit. Kerana, itu mengikut kreativiti masing-masing.

Tetapi, Jessica masih juga yakin dia boleh menang.

Apa yang merisaukan wanita berambut merah jambu ini ialah sokongan penonton-penonton yang menyaksikan contest ini nanti.

Semua penonton akan diberikan peluang untuk mengundi siapa yang layak menjadi juara dalam Beauty Contest.

Jadi, siapa yang ada undian yang paling banyak, dia yang akan menang.

Azura agak terkenal dengan personaliti ceria dan ramahnya dengan semua orang. Senyumannya juga boleh membuatkan ramai lelaki cair.

Lily pula, walaupun dia terlibat dalam kes Battle Royale beberapa hari yang lepas, dia sekurang-kurangnya tidak mencederakan ahli guildnya dengan teruk. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain.

Tambahan lagi, selepas tamat perlawanan, dia menyembuhkan ahli-ahli guildnya yang tercedera.

Bukan itu sahaja. Lily juga agak terkenal dan diminati ramai orang kerana dia seorang wanita yang agak flirty. Ramai lelaki yang rapat dengan dia; Ini penyebab Luke batalkan pertunangan mereka sebelum ini by the way.

Cuma Elza seorang sahaja yang Jessica rasa dia boleh kalahkan di antara mereka bertiga dalam contest ini.

Elza juga ada populariti yang agak hebat di Wikuza. Tetapi, ia lebih kepada reputasi yang menakutkan berbanding kerana kecantikannya.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now