"It's fine. Leave it here."

Afifah angguk. Setelah itu dia turut berlalu ke arah meja bulat itu. Sambung mesyuarat.

Eshal pandang cawan itu lagi. Kemudian jenguk isi di dalamnya. Warnanya seperti teh biasa yang diminumnya saja. Baru perasan ada sesuatu yang nipis yang berada di dalam air itu. Apa tu? Eshal sepetkan mata untuk mengecamnya. Halia?

Muka Eshal auto berkerut lagi sekali. Halia dalam lauk pun dia buang tanpa ihsan kalau sesat masuk dalam pinggan dia. Ini nak minum pula?

Teh halia pun teh halia la. Mengenangkan satu deparment dah tahu dia 'sakit tekak' serta kesungguhan Ardean dan anak buah yang lain menyediakan teh ini, Eshal hadap je la. Dia anggaplah ini kafarah kerana menipu Ardean semalam.

Eshal bawa birai cawan itu ke bibirnya. Mahu cuba sekali lagi. Kali ini, air itu perlahan-lahan dihirup. Taknak terkejut seperti tadi. Cuba ditelannya.

Hmm... tak adalah teruk sangat rasanya. Rasa sedikit pedas, tapi boleh diterima. Bau yang menggeliangkan isi usus pun tiada. Hanya bau wangi aroma teh saja. Mungkin sebab ini campuran teh biasa bersama halia. Bukan teh halia asli. Sedar-sedar dah separuh cawan masuk perutnya.

Eshal mahu terus membaca nota ringkas yang diberikan Afifah tadi. Tapi matanya menangkap satu kertas A4 yang terlipat dan elok terletak di atas mejanya. Apa dia ni? Nak kata surat formal, tiada sampul surat. Dia capai dan membukanya.

Seratus sebab kenapa saya perlu bersyukur.

Air yang diminumnya hampir saja tersembur sekali lagi. Walaupun tanpa nama pengirimnya, dia sudah tahu siapa. Terngiang-ngiang perbualan dia dan Ardean semalam. Dia ada mencabar Ardean untuk berikan seratus sebab untuk bersyukur. Tapi, ini sungguh tak diduga Eshal!

Soalan Cik Eshal buatkan saya sedar sesuatu. Tak terhitung sebenarnya nikmat yang Allah berikan tapi kita sering kali alpa. Namun, cukuplah saya berikan seratus sebab untuk saya bersyukur supaya Cik Eshal dapat lihat banyak sebenarnya nikmat kecil yang kita terlepas pandang hanya kerana kita memilih untuk lupa bahawa itu adalah nikmat.

Paling utama sekali. 1) Alhamdulillah, saya beragama Islam sejak lahir. 2) Alhamdulillah, saya dilahirkan lelaki. 3) Alhamdulillah, Allah pilih untuk jadikan saya sebagai makhluknya dalam bentuk manusia. 4) Alhamdulillah, nyawa saya masih panjang sehingga sekarang. 5) Alhamdulillah, saya lahir di Malaysia yang aman.

6) Alhamdulillah, nama saya cantik. 7) Alhamdulillah, saya masih ada ibu bapa. 8) Alhamdulillah, saya juga ada abang dan kakak. 9) Alhamdulillah, keluarga saya dikira agak senang juga. 10) Alhamdulillah keluarga saya tak tak berpecah-belah. Kedua-dua datuk dan nenek saya dah lama meninggal. 11) Tapi Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk kenal mereka waktu saya kecil dulu. 12) Alhamdulillah, saya juga ada saudara-mara lain yang baik.

13) Alhamdulillah, saya ni kategori agak pandai juga. 14) Alhamdulillah, saya berpeluang untuk bersekolah. 15) Alhamdulillah, saya dapat membaca dan mengira. 16) Alhamdulillah, kawan-kawan saya semua baik. 17) Alhamdulillah, saya tak pernah dibuli dulu. 18) Alhamdulillah, saya berjaya lulus UPSR, PMR dan SPM. 19) Alhamdulillah, saya dapat sambung belajar ke universiti. 20) Alhamdulillah, saya dapat penysarah yang baik-baik. 21) Alhamdulillah saya selalu dekan setiap semester. 22) Alhamdulillah sekarang saya berpeluang untuk habiskankan zaman belajar saya lebih kurang dua bulan lagi.

23) Alhamdulillah, saya ada rumah sebagai tempat berteduh. 24) Alhamdulillah, saya punya bilik tidur sendiri yang bersih dan selesa. 25) Alhamdulillah, semua kelengkapan dan peralatan dalam rumah juga cukup. 26) Alhamdulillah, kawasan perumahan saya selamat. 27) Alhamdulillah, jiran-jiran saya tak sombong dan caring.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now