Bahagia

131 9 13
                                    

Api kan terpadam,
Cinta terus menyala.

Untuk dia,
Aku tak pernah lupa,
Tentang bahagia.

By: abangrambo

Hujan malam, lebatMeski api terpadamNyala cinta marak di hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujan malam, lebat
Meski api terpadam
Nyala cinta marak di hati

Terima kasih
Ajar aku erti cinta
Beri aku bahagia


By: Yurina

***

Sebaik sahaja lagu itu berkumandang di corong radio, aku jadi baran tidak semena. Laju sahaja tanganku menekan punat off pada radio. Kemudian aku menampar paha dia sekuat hati.

Dia yang sedang fokus memandu, mengaduh kesakitan lalu memperlahankan kelajuan.

"What happened?"

Meleret suaranya. Mungkin pelik dengan sikapku yang tiba tiba sahaja berubah 360°.

"Lelaki memang tak cukup dengan satu perempuan kan??? Pantang nampak perempuan cantik, mesti nak try. Kalau boleh, nak kawin seribu!"

Perlahan dia melekapkan tapak tangannya pada tapak tanganku, kemudian dibawa ke bibirnya.

Dia tarik nafas dan hembus perlahan.

"I tak sama dengan abang Tesla, baby... I tak perlu dua atau tiga perempuan lain. You seorang je yang mampu buat I bahagia. You're the only one for me..."

Belakang tapak tanganku dikucup berkali kali. Kemudian dia memberikan signal dan berhenti di tepi jalan. Handbrake ditarik dan dia mencuit daguku agar sama sama menatap warna jingga di kaki langit.

Entah kenapa, aku tak mahu ambil peduli dengan keindahan senja nan merah. Aku naikkan lutut dan berteleku. Mood aku betul betul swing, penangan abang Tesla!

"I tak perlu untuk mencintai seribu perempuan. Tapi I nak mencintai you seorang dengan seribu cara, baby. Boleh tak you bagi I peluang?"

Mendengar sahaja ayat itu, hatiku mencair bak larva gunung berapi. Serta merta pipiku rasa hangat. Aku pandang dia dengan renungan yang sarat dengan rasa cinta yang membara di hati. Kami sama sama tersenyum...

Dahsyat, by Mojo. Requested by the one I loved so much ❤️

KATA HATIKU Where stories live. Discover now