Istana

183 12 17
                                    


Di dalam sebuah istana cinta
Ada muzik yang tak pernah terhenti
Dinding sentiasa mencipta lagu
Lantai kelihatan rata
Agar kita berdua
Tidak kekok berdansa

Di dalam sebuah istana cintaAda muzik yang tak pernah terhentiDinding sentiasa mencipta laguLantai kelihatan rataAgar kita berduaTidak kekok berdansa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di ruangan itu, aku resah menanti sambil bertemankan gesekan biola yang mengalunkan melodi syahdu, lalu menghanyutkan aku ke lembah emosi.

'Di mana dia?'

"Baby..."

Dia muncul dengan senyuman. Dua belah tangan disorok pada belakangnya.

"I ingat you tak datang." Lirihku seakan merajuk.

"Kan I dah janji nak datang? Kalau tak datang, I akan rasa terhukum, baby..."

Dia merapati tubuhku. Sengaja aku lontar pandangan tajam seperti menggamit kerinduan yang tiada penghujungnya.

"Baby..."

Perlahan lahan dia duduk memaku sebelah lutut pada lantai sebelum sebelah tanganku diraih.

"You buat apa ni?" Aku kaget dengan tingkah lakunya.

"Baby..."

Ada getaran pada bibirnya, seolah sukar untuk bersuara.

Sebentuk kotak baldu berwarna merah berisi sebentuk cincin yang berkilauan dihulur kepadaku.

"Will you be mine?" Getar lafaznya jelas aku dengari.

Saat ini bumi kurasakan berhenti berputar.

Segaris senyuman terukir di bibir merahku. Tak perlu aku ucap 'yes, I do. Melihat senyum yang terukir lebar di bibirnya sahaja sudah cukup membuatkan aku tahu bahawa dia tahu aku bersetuju.

Perfect, requested by @MrEzekiel79 😘

KATA HATIKU Where stories live. Discover now