Keranamu 2

187 12 22
                                    

Keranamu,
Aku hilang tingkah
Sumpah, aku malu!

Aku baru sahaja ingin mengundur kereta apabila tiba tiba sahaja cermin tingkap sebelah penumpang diketuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku baru sahaja ingin mengundur kereta apabila tiba tiba sahaja cermin tingkap sebelah penumpang diketuk.

Dia!

Cermin tingkap kereta sebelah penumpang kuturunkan sedikit.

"Boleh I masuk?" Tanpa menunggu jawapan, dia membuka pintu dan melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang.

Aku mengetuk ngetuk steering kereta untuk menghilangkan kekok. Haruman Hugo Boss menembusi rongga hidungku. Aku sedia maklum akan bau kegemaran dia.

"Miss me?" Tanya dia, memecah hening sunyi.

Aku sekadar menoleh seketika kemudian menggeleng perlahan.

"Sampainya hati you. Dah la delete semua chat. Lepas tu tak rindukan I." Ada rajuk dalam nada suaranya.

"You yang cakap jangan rindu you. So, buat apa I nak rindu pada yang tak sudi?"

"Kenapa you delete chat?"

Aku sekadar mencebik, kemudian mengangkat bahu.

"I malas nak terhegeh hegeh chat dengan orang yang layan I nak tak nak je."

"Ke situ pulak. I still reply kan?"

"Tak ikhlas... Macam terpaksa, baik tak payah!" Suaraku sedikit meninggi. Geram!

Dia tunduk. Melepaskan satu keluhan panjang. Wajahnya tidak diangkat melihat ke arahku.

"Why?" Pendek saja soalanku.

"I'm lost. I tak boleh handle kerja I kali ni. Makin I fokus dengan kerja, makin I hilang semua perkara di sekeliling I. Kerja kali ini buatkan I tak jadi diri sendiri." Dia angkat wajahnya merenung mataku.

Aku hanya mendiamkan diri. Perlahan lahan kualihkan wajahku ke luar tingkap.

"Untuk itu I perlukan satu perkara. Biar I tak hilang semua perkara. You kena tolong I, please, baby..." Tanganku dia genggam erat sebelum dikucup perlahan.

"What can I do for you?" Aku tanya tanpa menoleh ke arahnya.

"You! I perlukan you untuk I dapat semua perkara yang I hampir hilang. I'm sorry for neglecting you these two weeks, baby. I love you so much!"

Dia merenung tepat ke wajahku, menyungging senyuman yang akhirnya buatkan lesung pipitnya mula timbul. Serta merta hatiku cair. Dia mendepa tangan, mengalu alukan aku untuk masuk ke dalam pelukannya. Sekelip mata sahaja tubuhku sudah berada di dalam dakapannya.

"Sayang, I menyesal delete chat." Aku mendongakkan kepala dan mengerdipkan mata.

"Say it again..."

"What?"

"S.A.Y.A.N.G." Dia mengeja perkataan keramat yang jarang muncul di bibirku itu.

"Sayanggggg..." Sengaja kuleretkan suara. Malu sebenarnya.

"Lepas ni jangan delete lagi, boleh?"

"Promise, tak delete dah. Sorry, sayang..."

"Promise, kalau ada apa apa yang you rasa tak kena dengan I, you tak terus buat assumption. Tanya I dulu, boleh?"

Laju aku mengangguk. Seperti biasa, aku kelip kelipkan mata untuk membuat dia senang hati.

"I ada buat back up, nanti I email pada you. Kita baca sama sama." Hidungku dicuit dan kemudian dijentik perlahan.

Senyum. 

Hari ini aku belajar sesuatu. Cinta. Kadang kadang perlu mengalah dengan perasaan, perlu berdamai dengan penjelasan.

Give a little bit, Supertramp, requested by RebelMuffin. Catchy song, I like ❤❤❤

Pssttt... Ha, mengaku cepat! Siapa yang suka delete chat tiap kali gaduh atau merajuk? Mesti lepas tu menyesal, kan? So far, I tak pernah lagi delete chat. Tapi ada orang tu kannnnnn, suka sangat delete chat. Rugi laaaa. Padan muka dia 🤪

KATA HATIKU Where stories live. Discover now