Aku

123 10 13
                                    

Dan aku
Menghitung detik dan waktu
Menjadi rapi dalam sepi
Mengharap pada mentari
Menghidupkan api yang kutiup sunyi...

Tuhan,
Apakah Kau mempersiapkan seseorang?
Yang sedia berkongsi senyuman tatkala mereka mencela?
Jika ada, aku mahu gadaikan seluruh hidupku untuk dia...

Tuhan,Apakah Kau mempersiapkan seseorang?Yang sedia berkongsi senyuman tatkala mereka mencela?Jika ada, aku mahu gadaikan seluruh hidupku untuk dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mataku tertancap pada skrin laptop, namun pandanganku kosong. Dari kerlingan mata, aku sedar dia mencuri pandang ke arahku. Namun saat ini, aku tidak bercadang untuk bertanyakan sesuatu agar dia mula bercerita tentang apa apa sahaja, seperti selalunya. Sudah berkali kali aku katakan, aku sedikit sibuk dengan tugasan yang aku perlu selesaikan di rumah. Namun, desakan manja dia untuk aku keluar seketika, buatkan aku tidak mampu menolak untuk berjumpa dengannya.

"I know there's  something wrong with my angel baby. That's why I ajak you keluar, dari tadi skrin tu kosong je, baby. Almost half an hour, tau." Kata dia sambil  mencuit hidungku.

Aku tutup laptop dan menghadap ke arahnya. Sebuah keluhan kasar kulepaskan.

"How do you know?" Aku kerutkan kening. Serious, aku ingin tahu bagaimana dia selalu tahu ada sesuatu yang sedang menganggu benakku.

"I texted you, you baca then balas benda lain, I hantar romance gif, you ignored." Lesung pipit mula timbul di pipi kanan dia saat dia tersenyum. Ada nada merajuk dalam suaranya.

"Sorry, I didn't mean it. I...." Aku pandang tepat ke wajah dia. Dia sekadar menggeleng.

"No sorry la, honey baby, you dah sudi keluar ni pun I rasa lega. Kalau you tak keluar tadi, I pergi je rumah you tau."  Dia memeluk bahuku dan menciumnya sekilas. Kemudian menyambung kata,

"Spill the tea, siapa yang buat you sedih?"

Aku muncungkan bibir. Aku bukan sedih, lebih kepada marah sebenarnya.

"I'm not sick! Tapi kenapa semua orang, tak nak percayakan I, buat ini tak boleh, buat itu nak kena ada orang guide I. Biasa la kan kalau kita lupa tarikh temujanji? Then, I OK je kalau temujanji tu postpone, I boleh pergi sorang sorang, tak perlu pun siapa siapa cancel-kan program semata mata sebab I lupa temujanji hospital!"

Aku berhenti sebentar, mengenang kembali peristiwa di mana aku terlupa temujanji dengan psychiatrist sehingga mengakibatkan seluruh ahli keluarga terpaksa menunda percutian yang telah lama dirancang.

"Kadang kadang, I rasa tak nak keluar langsung dari bilik. Biar I sorang sorang, tak susahkan siapa siapa." Kolam mataku pecah jua akhirnya.

Dia peluk erat bahuku dan mengucup lembut kepalaku.

"Shh, don't cry. I ada ni..."

Aku letakkan kepala ke dadanya. Detak jantungnya menjadi halwa telingaku sekaligus membuat perasaanku jadi damai. Segera wajah kuangkat untuk menatap matanya. Aku senyum sambil mengesat airmata.

"You wanna know something good about you?" Tanya dia. Aku pandang tepat ke matanya. Ahh, dia selalu ada cara untuk buat marahku reda.

"Tell me..."

"You cepat marah, cepat juga reda. I tak perlu gelabah sangat kalau you mengamuk. Sebab I tau, nanti you mesti cari I, cause I'm your medicine."

Senyum. Bibir tidak perlu berkata apa apa, kerana dia tahu senyum yang kuukir itu adalah petanda bahawa aku setuju dengan kata katanya.


Wicked games, Chris Isaac. Requested by Cikelon3 😘

KATA HATIKU Where stories live. Discover now