Rindu II

130 11 14
                                    


Bulan malam tolong katakan padanya
Betapa aku ingin menemuinya
Walau hanya di dalam mimpinya
Biarlah rindu ini menyapanya

Angin malam beritahu dia aku rindukannya
Hembuskan kata-kata indah untuknya
Agar dia tahu betapa aku merinduinya
Biarkan rindu ini yang berbicara dengannya

Bintang indah sampaikan kepadanya
Cahaya bulan suluhkan cinta padanya
Ceritakan keluh kesahku dengan dirinya
Agar tenteram hati yang rindukan cintanya...

By: @purple_amethys

Bulan, Sampaikan utk dia,Aku mahu bertemu,Walau hanya mimpi,Aku terlalu merindu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bulan,
Sampaikan utk dia,
Aku mahu bertemu,
Walau hanya mimpi,
Aku terlalu merindu.

Angin,
Hembuslah semahumu,
Biar dingin rindu,
Peluk erat tubuhnya,

Bintang,
Gugurlah satu per satu,
Kutip setiap derita,
Agar semua rasa jadi,
Cinta!

By: Yurina

***

"You ada rindukan orang lain tak selain daripada I?"

Tiba tiba sahaja soalan itu aku ajukan kepada dia.

"Selain dari you, I rindukan mak, abah, family, kawan kawan... Normal la kan, rindu pada orang yang kita kenal?

Dia angkat kening dan menyungging senyum.

"You tau kan, I tak ramai kawan in real life? Boleh kira dengan jari je kawan kawan I. Tak macam you. Kawan kawan keliling pinggang..."

Aku melarikan jari telunjuk ke lengannya dan menulis nama teman baikku di situ. Teman baik in real life. Dia sedia maklum betapa akrabnya aku dengan temanku itu.

"You percaya tak sebenarnya I ada ramai kawan baik di alam maya? Tak pernah jumpa, sekadar berbual di tingkap DM?"

"Boleh ye macam tu? Tak jumpa, tapi you tahu diorang baik?"

Aku mengangguk laju.

"Yes, I tahu diorang baik. In fact, I lebih prefer bercerita tentang masalah I pada diorang. I selesa... I tak pernah rasa rendah diri atau malu bila I buka pekung di dada. Diorang tak judge I. Diorang jadi pendengar yang baik, support I. Hmmm... I sayang diorang semua, lillahitaala."

Bercahaya mataku apabila bercerita tentang teman teman mayaku yang baik. Aneh bukan? Tak pernah bersua, hanya berbalas komen dan berbalas pesanan, namun ada nama mereka dalam doaku.

"Macam mana you boleh yakin yang diorang semua tu baik?" Tanya dia sambil mengetuk ngetuk steering kereta.

"Instinct doesn't lie. I trust my instinct..."

Aku keluarkan telefon bimbit dari beg tangan dan melarikan jari jemari ke skrin telefon. Aplikasi W yang berwarna oren kubuka. Satu satu nama kusebut dan kemudian aku hulurkan telefon bimbitku kepada dia.

Kepala kusandar dengan santai ke dadanya, biarkan dia meneroka dan mengambil tahu tentang teman teman mayaku.

Beberapa minit kemudian, dia menghulurkan telefon bimbitku dengan senyum lebar.

"Ramai tak suka you, tapi lebih ramai yang sayangkan you. You go, honey baby. Pedulikan yang membenci, fokus pada yang sayang you. Kawan baik baik, okay? And please remember, I sayang you lebih daripada diorang sayang you. I yang paling atas, number one. Diorang jatuh nombor dua tau!"

Aku ketawa kecil.

"Mesti la you number one. You, I cinta. Diorang, I sayang. Hmmm... I rindu diorang semua. Rindu nak bergurau dan mengusik manja. Rindu nak bergossip juga..." Aku gigit lengannya, menzahirkan rasa bahagia dan rindu yang sarat di dada.

Sumpah, aku rindu!

Rindu, Agnes Monica requested by pemilik puisi di atas, purple_amethys 🥰

I tujukan lagu ni untuk korang yang sangat baik dengan I, tak pernah judge dan always support I dalam apa jua situasi. Sayang sangat kat korang. Tak perlu I tag nama kan? Kita kita je yang tau ❤️

KATA HATIKU Where stories live. Discover now