Batu

82 7 2
                                    

Detik waktu berlalu,
Bertahan dalam tangis pilu,
Hela nafas dalam tubuh kaku,
Hati sudah jadi batu...

By: Syebalism

Hentikan tangis pilu,Hela nafas lega,Teruslah hidup,Bahagia menunggu di hujung waktu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hentikan tangis pilu,
Hela nafas lega,
Teruslah hidup,
Bahagia menunggu di hujung waktu...

By: Yurina

***

Tubuh lesu dihumban ke katil. Lengan kanan yang lebam dibelek dengan pandangan kosong. Tangan kiri mencapai cermin sebesar buku tulis di atas meja sisi katil.

Kesan cucuhan puntung rokok pada lehernya dua hari yang lalu mula menimbulkan kesan parut. Jari telunjuknya menyentuh perlahan pada kulit yang sedikit terkoyak.

Pedih, namun dia mengukir senyum.

Rasa pedih itu tidak seberapa baginya. Rasa ngilu di hatinya lebih pedih lagi. Emosinya cedera parah. Entah bagaimana mahu merawat.

Bibir diketap. Terkelip-kelip matanya memandang siling, sedaya upaya menahan agar empangan matanya tidak pecah.

Tewas.

Dia menangis tanpa suara. Segala rasa dilepaskan sepuasnya di ruangan kamar yang sepi ini.

Lama dia menangis, kemudian duduk pegun bersandar di kepala katil sambil memandang tepat ke dinding. Tajam pandangannya seolah-olah dinding itu tembus.

Deringan telefon menyentak lamunan.

Dia menyentuh butang berwarna hijau dengan jari telunjuk.

"Love?"

Diam.

"Zulema, are you there?"

"Yes."

Ringkas sahaja dia menjawab.

"Love, I'm sorry. I hurted you. I loose control..."

"It's okay, get used to it."

"Love, I..."

Jam pada dinding dikerling sekilas. Sebelas empat puluh dua.

"Dah lewat malam ni, I penat. Nak mandi dan tidur. Bye!"

Telefon bimbit dicampak ke katil. Dia bingkas bangun, mencapai tuala dan membuka pakaian sebelum melilitkan tuala ke tubuh. Di hadapan cermin besar, dia meneliti lebam-lebam pada anggota tubuh yang lain.

Kesan lebam baru dan lama ada di mana-mana bahagian tubuhnya. Apabila tubuhnya dipusing ke belakang, kelihatan kesan cucuhan puntung rokok yang masih baru. Ya, baru beberapa jam yang lepas, bahagian belakang tubuhnya itu dicucuh dengan puntung rokok.

Mata dipejam. Dia sudah dapat membayangkan rasa pedih apabila kesan cucuhan itu terkena siraman air sebentar lagi.

Ktinggg!


Dia menoleh ke katil. Kenal benar dia dengan bunyi dentingan mesej yang masuk itu. Sengaja dia setkan nada itu  untuk lelaki yang baru seminggu berbalas mesej dengannya di aplikasi Telegram.



Tak jadi mandi. Dia meniarap di atas katil. Jari menari di skrin, dan serta merta bibir mengukir senyum.


Lagu: Semua tentang kita by Peterpan, requested by pemilik puisi 🥰

KATA HATIKU Where stories live. Discover now