Keranamu

183 12 13
                                    


Cinta itu sakit,
Rindu juga perit,
Keranamu,
Hatiku menjerit...

Cinta itu sakit,Rindu juga perit,Keranamu,Hatiku menjerit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah tiga hari dia menyepi tanpa khabar berita. Jika hari pertama dia menyepi, aku faham, mungkin dia sedang membiasakan diri dengan persekitaran baru.

Sungguh, aku rindu!

Aku:
~Selamat pagi, sayang.
Jangan lupa sarapan.~

Mesej gambar selamat pagi dengan tulisan bergerak aku hantar kepadanya.

Aku menunggu seketika sebelum menutup aplikasi chat dan memandu ke tempat kerja. Kepalaku mula serabut saat memikirkan tentang dia.

Tak ada lagi ucapan selamat pagi ketika aku bangun dari tidur. Tak seperti selalu selalunya. Jika dia bangun lebih awal, dia sering menghantar 2 hingga ke 3 gif selamat pagi. Sudah 3 hari aku tidak lagi menerima mesej selamat pagi daripadanya.

3 hari berikutnya, baru mesejku berbalas. Namun sekadar membalas seadanya. Sepertinya dia membalas hanya untuk menjaga hatiku. Kemudian aku sedar bahawa kami tidak lagi kerap berbalas mesej. Mesej yang kuhantar sebelah pagi, akan dijawab petang. Mesej balasanku pada sebelah petang dibiarkan tidak berbalas atau kadang kadang akan dibalas pada malam hari. Itupun sekadar menghantar mesej ucapan selamat malam. Tiada lagi gif gif hangat seperti sebelumnya.

Aku betul betul rindu dia yang dahulu. Adakah dia sengaja berbuat demikian untuk menjauhkan diri dariku?

Mana mungkin dia akan berbuat seperti itu. Atau ada apa apa yang tak kena di tempat kerjanya?

“Tapi tak boleh ke dia terus terang. Bagitahu sepatah kata, aku akan faham. Bukan dengan cara begini. Diam tanpa ada kata putus.” Aku mula merungut kecil. Terasa ingin menjerit, namun kutahan.

Ktinggg!

Dia:
~Morning. Have a nice day.~

Aku pandang jam di dinding office. Pukul 11:59 pagi.

Aku:
~Jangan lupa lunch.~

Aku tahan dari mahu menghantar perkataan ‘sayang’ dan emoji love. Aku tak mahu kejadian tempoh hari berulang lagi. Panggilan 'sayang' darilu tidak mendapat respond darinya. Sedangkan aku sangat jarang menggunakan perkataan 'sayang' yang sering didamba olehnya.

Untuk menghabiskan masa rehat, aku buka chat conversation dengannya. Aku scroll mesej dari awal perkenalan dan mula membaca. Kadangkala aku ketawa, dan adakalanya aku tersenyum kelat. Dan saat mata tertancap pada mesej mesej sepanjang seminggu kebelakangan ini, tiba tiba sahaja mataku terasa hangat. Ada air jernih yang menanti masa untuk gugur.

Aku tolak ke kanan chat conversation, clear all chat terpamer di skrin handphone ku.

Nafas kuhela. Berat.

“Tak apalah, you yang mahukannya..." Aku mula berputus asa dengan rindu yang menyerang ke segenap tubuhku. Sungguh, rindu ini menyiksaku.

Semua mesej telah dipadam. Serentak dengan itu aku menjerit sekuat hati...

Wicked game, requested by Cikelon3 . Sumpah, video clip ni memang best giler 😘

Author notes:
Selamat berpuasa korang. Sorry, aku tak berapa rajin nak update. Aku dalam fasa manic. Jadi memang tak ada semangat nak menulis. Kalau ada mood, baru aku update.

❤Yurina.

KATA HATIKU Where stories live. Discover now