***
Urgh...
"Ha Oboi!..."
Amato datang ke arah anaknya bila terdengar suara Boboiboy seperti dalam kesakitan.
"Anak ayah... ayah dekat sini..."
Amato memengang tangan Boboiboy erat, Amato kecil dan Mechabot juga datang melihat.
"Boboiboy macam mana?" Amato kecil kelihatan sedikit risau.
"Haah Ama-ehh apa aku nak panggil kau ee?"
"Panggil saja Amato" mata Amato tidak beralih dari memandang Boboiboy.
"Mana boleh, budak ni nama Amato *tunjuk Amato kecil* aku kena panggil kau lain"
Amato kecil mencuit Mechabot "Woi apesal kau kuang ajar sangat.. dia tuan kau dari masa depan tau"
"Tu masa depan bukan sekarang, jadi bukan masalah aku" dengan tenang mechabot menjawab.
"Ehh kau ni!"
Sssss...
.
.
.
.
.
"Eh kejap kenapa macam panas ni?"
"Haah Tok sah ada masak ke?" Amato kecil mengipas hujung bajunya kerana terasa panas.
"Oboi?... Argh!"
Amato dewasa yang memengang tangan anaknya, terus lepaskan kerana suhu badan Boboiboy naik mendadak.
"Korang BERLINDUNG!!
Boom!
Tiba-tiba seperti gas yang meletup di ruangan tertutup, habis semua barang di dalam bilik hangus terbakar, asap terus memenuhi ruangan bilik itu.
Terus bunyi siren kecemasan kebakaran berbunyi dan semua tingkap terbuka.
Ohok.. ohok...
Nasib baik Tok sah sempat membawa Asya keluar, Amato kecil dan Mechabot sempat membuat perisai dari bekas talam air yang terletak di tepi meja.
Tetapi tanpa mereka sedari Amato dewasa telah tercedera sedikit kerana tidak sempat berlindung semasa menyelamatkan Thea.
"Amato!"
Mechabot terkejut melihat keadaan badan belakang Amato dewasa yang melecur.
"Mechabot cari first aid cepat!"
Amato kecil periksa keadaan Amato dewasa, Tok sah dengan berhati-hati membawa Asya ke katil yang lain dan meletakkan dia di situ.
"Andy kau okay?" Tok sah melihat Andy.
"Urgh.. ohok.. Apa yang dah jadi?!"
Andy terbangun dari letupan dan melihat keadaan mereka.
"Ughh.. Thea kau okay?..."
"Maaf... maafkan aku... kau... hisk..."
"Heh first time aku nampak kau macam ni urgh.. kalau tak kau dengan Asya mesti mengusik aku tak habis kan..."
"Kau ni uhh sempat... ehh" Thea memandang geram, air mata yang mengalir tadi terasa sia-sia.
"Hehee gurau tak boleh" Amato ketawa kecil walaupun belakang badannya terasa pedih.
Nasib baik ubat yang diberi Amato dewasa sebelum ini membantu mengembalikan kuasa Thea, dan Thea dapat pulih semula secara perlahan-lahan.
Amato dewasa berikan Thea pada Amato kecil, kemudian Amato kecil dengan berhati-hati membawa Thea di atas tapak tangan nya.
YOU ARE READING
TIME REVERSE *COLLAB*
FanfictionCOLLAB BOOK : LUNA X RIES Suatu hari, Amato yang sudah lama tidak berjumpa anak kesayangannya membuat rancangan untuk datang surprise kan Boboiboy di bumi sempena hari kelahirannya. Akan tetapi Boboiboy dan kawan-kawannya terpaksa pergi melakukan mi...
