Chapter 1

620 43 79
                                        

Hi reader yang tersayang
Hello my beloved reader
(⁠ ⁠╹⁠▽⁠╹⁠ ⁠)

Mari kita mulakan kolaborasi cerita ini!


*****

Manusia nih mungkin dilihat ada yang sempurna ada juga yang tidak.

Bagi Boboiboy ayah dia segalanya. Tapi dia tidak pernah merungut jikalau ayahnya tidak dapat bersamanya walaupun di hari yang penting.

Kali nih dah termasuk kali keempat ayahnya tidak dapat berada di hari istimewanya.

"Kau ok tak?",tanya Fang risau.

"Oklah...pahal?"

Kawannya yang lain memandang kearah Boboiboy dan Fang.

"Esok kan hari jadi kau...lepastu harini komander bagi emergency misi pulak...",kata Yaya.

Senyuman tipis terukir diwajahnya.

"Ini kan tanggungjawab kita...balik dari misi aku terus balik ke bumi lagipun komander dah bagi cuti seminggu cukuplah untuk aku berehat...",balas Boboiboy sambil mengusap Ochobot yang berada disebelahnya.

Hmm..

Mereka berempat hanya mengangguk sahaja.

....

Di bilik mesyuarat...

Kokoci memasang hologram di depan mereka berlima.

"Ini misi kamu...ada power sphera yang perlukan bantuan kita...mungkin akan ada musuh yang menyerang nanti...jadi hati-hati..",jelas Kokoci.

"Baik!"

Yang pun keluar dari bilik,baru sahaja Boboiboy ingin beredar langkahnya terhenti lalu dia memandang Kokoci.

"Maaf sebab terpaksa bagi kamu jalankan misi sepatutnya kamu dah balik ke bumi harini...",dengan rasa bersalah Kokoci berkata.

"Takpe...lagipun esok saya akan sambut hari jadi dengan Tok Aba...harini masih sempat pergi misi dulu...",senyuman manis terhias diwajahnya.

"Baiklah...pastikan kamu selamat pulang...",pesan Kokoci.

Anggukan diberi.

Dengan langkah berat Boboiboy terus pergi kepada kawannya yang lain.

.

.

.


.

Di medan Tempur A...

Kelihatan Amato sedang sibuk menyiapkan tugasnya.

Beberapa fail yang dia dapat sudah hampir selesai.

Pintu dibuka dari luar dan matanya memandang kearah Amato yang terlihat kusut.

"Jadi kau nak buat surprise dekat Boboiboy? Sebab tuh kau sibuk siapkan semua nih?",soal Maskmana sambil badannya bersandar di dinding.

"Ye...dah tiga tahun aku tak sambut birthday anak aku....tahun nih aku akan pastikan kami dapat sambut bersama!",jawab Amato dengan bersemangat.

"Lagipun aku nak cuti seminggu jadi taknak lah korang kacau aku...sebab tuh aku siapkan semua nih hohoho...",sambung Amato lagi dengan wajah bangga.

"Ha baguslah kalau camtu...dia pun mesti rindukan kau...aku dengar dia ada emergency misi harini...maybe dia akan balik lewat sikit...",kata Maskmana.

"Ouh...takpe! Aku tunggu dia balik! Tak sabar nak cubit pipi pau dia...",balas Amato lalu dia melirik kearah gambar anaknya yang berada di atas meja.

TIME REVERSE *COLLAB*Where stories live. Discover now