Chapter 5

468 42 76
                                        

*****

Sampai sahaja di rumah, Amato hanya berdiri di depan pintu rumah.

"Kau pahal? Kenapa tak masuk?",soal Mechabot pelik melihat Amato.

"T-tak...apa aku nak bagitahu abah pasal budak nih?? Nama dia pun aku tak tahu..",wajah Amato kelihatan cemas.

Nanti muncul lah pulak khabar angin yang Amato ada anak luar nikah. Ha mati lah...

"Apa nak takut...bukan bapak kau makan orang punn.."

Dengan selamba Mechabot membuka pintu.

Assalamualaikum!!

Waalaikumussalam...

Dua mata memandang kearah Amato yang sedang bawa Boboiboy di belakangnya.

"Ha anak sapa kau bawa balik tuh?"

Senyuman kekok diberi ke arah ibu bapanya.

"Erk...sebenarnya..."

Dengan helaan nafas berat Amato pun menceritakan apa yang terjadi kepada keluarganya

Selepas 10 minit...

"Ha macam tuhlah cite dia...ermm Amato masuk bilik dulu yer..."

Belum sempat ayahnya menjawab, Amato terus lari masuk ke biliknya. Mechabot hanya mengikut dari belakang.

....

Di bilik...

Tubuh Boboiboy dibaringkan dengan lembut di atas katil. Selimut dipakaikan.

"Asal pakai selimut? Dah lah panas..."

"Badan dia sejuk lah...kau tuh robot mana tahu apa-apa.."

Ceh.

"Jom lah...kerja banyak lagi tak siap...aku kena bagitahu Pian pasal nih lagi...",bebel Amato sendirian dan dia terus turun melalui lubang ke stor.

"Napa lah aku kena juga...malas betullah.."

Dengan pasrah dia hanya mengikut Amato dari belakang.

Nak marah tapi tuan dia.

Tiba-tiba cahaya terang menyinari dan muncul dua orang fairy dalam bentuk kecil.

"Diorang dua dah pergi...ohok..ohok.."

Thea terus mengusap perlahan belakang Asya.

"Kau perlu rehat..."

"Takpe aku ok..."

Mereka berdua terbang kearah Boboiboy.

Thea duduk di atas kepala Boboiboy dan Asya duduk di atas dada Boboiboy.

Tanya kecilnya menyentuh dahi Boboiboy.

"Macam mana?",tanya Asya.

"Dia demam lah..",jawab Thea risau.

Eh?

"Dengupan jantung dia pun tak normal...dia perlu makan ubat..."

Hmm..

Thea terus memandang kearah meja belajar Amato.

"Ha aku tahu!"

Dia mula terbang kearah meja belajar dan terus dia mengambil pen dan kertas.

Diorang dua tak dapat gunakan human form untuk sementara waktu nih jadi diorang hanya boleh dalam bentuk fairy sahaja.

Pen diangkat dan Thea mula menulis sesuatu di atas kertas.

'Nama dia Boboiboy...boleh tolong bagikan dia ubat demam? Jagakan dia...tapi sesuatu akan terjadi tepat pukul 12 malam...pastikan waktu tuh kau ada disampingnya...dia mungkin akan sedar esok pagi...terima kasih atas bantuan kau..'

TIME REVERSE *COLLAB*Where stories live. Discover now