*****
Di masa depan..
Selepas beberapa minggu mencari petunjuk di seluruh galaksi mengenai portal masa.
Amato sampai di sebuah planet kecil di hujung galaksi, inilah planet terakhir yang berada dalam peta galaksi dan planet ini juga ada kaitan dengan Dianbot.
Keadaan planet itu kosong hanya ada pasir sejauh mata memandang, angin tidak langsung bertiup dan tiada apa yang hidup di situ.
"Planet apa yang macam tanah tandus ni, tapi langsung tak panas walaupun matahari mencacak kat atas kepala aku"
"Aku tak pasti tapi aku harap kita dapat jumpa sesuatu di sini"
"Haishh cepat laa muncul apa sahaja.. tolong lahhh!!"
"Mechabot cuba kau ber-"
Beep!
Mechanizer berbunyi, Amato cepat-cepat periksa mechanizer dan nampaknya mechanizer seperti menjumpai satu signal tidak jauh dari tempat mereka berada .
"Mechabot ini mungkin.."
"Kau tunggu apa lagi tu Amato jom gerak, inilah tandanya.. akhirnya doa aku termakbul!"
Mechabot terus terbang laju ke depan.
"Oii tunggu laa! Haishh robot jenis apa tinggalkan tuan kat belakang"
Amato mengejar Mechabot dari belakang, sambil tangan Amato gunakan mechanizer untuk menghantar mesej lokasinya kepada Maskmana.
.
.
.
Sampai sahaja di tempat signal itu tunjukkan, mereka berdua rasa pelik kerana tempat itu tiada apa-apa, sama sahaja seperti sebelum ini.
"Aikk mechanizer ni rosak ke apa? Tak ada apa pun kat sini?"
"Itu tak mungkin, mechanizer ni tak pernah salah sebelum ni"
Amato periksa lagi sekali signal tersebut.
"Betul ke signal tu tunjuk tempat ni Amato?"
"Hmm... Aku rasa... Eh?"
Tiba-tiba ada sesuatu yang menangkap perhatian Amato. Amato terus pergi cuba mengambil benda bersinar di depannya.
Di saat Amato sentuh benda itu terus planet itu bertukar kepada waktu malam dan tumbuh rumput di permukaan pasir tersebut.
"Apa jadi? Apa yang kau buat Amato?!"
"Aku.. aku tak pasti.. urghh..."
"Amatooo!!"
Shing!
Mata mereka terasa sakit melihat cahaya terang yang muncul tiba-tiba, mereka terus memejamkan mata.
"Kau tidak dialu-alukan di sini, beredar sekarang!"
"Kejap! Tu..."
.
.
.
.
.
Selepas beberapa jam..
"Amato.. bangun Amato! Amato dengar tak?!"
Maskmana memanggil Amato dari mechanizer berkali-kali, dan akhirnya Amato sedar dari pengsan.
"Tungguuu!!! Huff... Huff..."
"Hah Amato! Amatooo!!"
Amato dan Mechabot yang baru bangun terus terduduk memandang satu sama lain.
YOU ARE READING
TIME REVERSE *COLLAB*
FanfictionCOLLAB BOOK : LUNA X RIES Suatu hari, Amato yang sudah lama tidak berjumpa anak kesayangannya membuat rancangan untuk datang surprise kan Boboiboy di bumi sempena hari kelahirannya. Akan tetapi Boboiboy dan kawan-kawannya terpaksa pergi melakukan mi...
