*****
Tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat.
Argh!!!!
Boboiboy!
Amato terus memeluk erat Boboiboy, Mechabot pula terbangun dari tidur disebabkan guruh yang kuat itu.
"Apa jadi? apa jadi?!"
"Ishh kau ni, diam laa.."
Amato terus periksa keadaan Boboiboy kemudian mata dia melirik ke arah jam di tangan Boboiboy yang berkelip-kelip.
Hmm..?
"Urghh... a-ayahh..."
Amato dan Mechabot yang terpesona melihat jam Boboiboy tidak perasan yang Boboiboy memandangnya.
"Aahh... hi aku-"
.
"Ayah!" peluk
Boboiboy memeluk Amato secara tiba-tiba membuatkan Amato sedikit terkejut dengan tindakan Boboiboy.
"Ayah kenapa lambat.. Boboiboy rindu aa... ayah..."
"Emm.. aku bukan-"
Amato cuba menenangkan Boboiboy supaya melepaskannya, tetapi tiada respond yang datang dari Boboiboy.
"Amato.. budak tu dah terlelap balik" sambil tangan tunjuk Boboiboy.
"Eh bukan ke dia.."
Amato melihat muka Boboiboy dan memang betul apa yang dikatakan Mechabot, Boboiboy sudah tertidur semula.
"Laa... dia mengigau rupanya.."
Amato terus baringkan Boboiboy semula ke atas katil, bantal di kepala Boboiboy dibetulkan agar Boboiboy rasa selesa.
Amato tersenyum sedikit, bila melihat Boboiboy menunjukkan muka yang tenang semula.
.
Tiba-tiba Amato diam memandang Boboiboy, tangannya mula memengang tangan Boboiboy.
"Kau dah kenapa diam pulak?"
"Hmm... nampaknya demam dia makin teruk, sampai mengingau macam ni"
"Nanti sembuh laa tu, dah jom tidur-"
Amato cuba nak mengendong Boboiboy di belakang badan dia, akan tetapi Mechabot pergi halang Amato.
"Ooo sabar... kau nak buat apa?"
"Bawak dia pergi hospital laa"
"Kau tahu dia alien kan, takkan laa kau nak bawak dia pergi hospital manusia?"
Amato baringkan Boboiboy semula ke atas katil dan memandang Mechabot dengan serius.
"Habis tu takkan nak biarkan dia sakit?"
"Maksud aku kita mintak tolong diorang-"
"Tak perlu, kau tahu apa akan jadi kan kalau diorang bertiga tahu"
.
Amato duduk di tepi sebelah Boboiboy dan menyentuh dahi Boboiboy, terasa demam panas nya hanya reda sedikit.
Haish...
Amato yang risau mula menarik selimut dan menyelimut badan Boboiboy, tangan dia memengang erat tangan Boboiboy yang panas itu.
Mechabot yang melihat dari tadi, pergi ke arah Amato dan menyentuh bahu Amato.
"Rilex laa.. budak ni takkan mati-"
"Mechabottt!"
Kratakoom!!!
Amato meninggikan suara dia dan pada masa yang sama guruh turut berdentum kuat di luar rumah.
YOU ARE READING
TIME REVERSE *COLLAB*
FanfictionCOLLAB BOOK : LUNA X RIES Suatu hari, Amato yang sudah lama tidak berjumpa anak kesayangannya membuat rancangan untuk datang surprise kan Boboiboy di bumi sempena hari kelahirannya. Akan tetapi Boboiboy dan kawan-kawannya terpaksa pergi melakukan mi...
