Tapi sebelum dia sepakat, satu soalan pon keluar. "Tapi takpe ke..? Abang tak sibuk lagi?"

Solar tersenyum miring. "Takdelah, kerja Abang ni boleh lanjut nanti je"

Lagipon tugasan Adik dia ni takkan lah susah sangat? Dia Solar the genius of the elemental brothers.

Apapun soalan tu, kacang jelah. How hard can it be? Really, how hard?

***

Halilintar tengah sibukkan kedua - dua tangan dia tuk menolong Gempa kat dapur.

Boleh dikata, Halilintar ni memang tak suka bersepah. Lagipon ni juga arahan Gempa.

Halilintar paling pantang ngan hal yang namanya menentang satu aturan. Hal tu sungguh melekat dalam diri dia, dah menjadi satu prinsip dia.

"Hali, aku nak buang beg sampah ni kejap. Kau tolong basuh sisa pinggan tu, boleh?" Kata Gempa yang kemudian mendapat anggukan dari Hailintar.

Masa angan dia tengah sibuk ngan basuh pinggan. Tetiba satu kembar dia datang menyapa.

"Eh...! Hali! Tolong basuh ni sekali?" Kata Taufan dengan kekehan kecil.

Halilintar yang di bagi arahan macam tu dari seorang yang bukan Gempa mula memutar kedua - dua bola mata dia.

"Basuh pinggan kau sendiri"

Taufan yang mendengar jawapan dingin tu mula membuat muka masam.

"Alaa, kau kan tengah basuh pinggan tu jugak..? Tak banyak pon, tambah tiga pinggan je!" Katanya mencuba yakinkan kembar merah dia.

Lelaki tu memilih tuk abaikan suara Taufan yang dah berkali - kali cuba tuk yakinkan dia.

"Ck..! kedekut betul kau ni. Apa susah bantu aku ngan pinggan - pinggan ni?" Balasnya mula tak puas hati.

"Apa susah kau basuh seorang - seorang..?" Balas Halilintar menatap Taufan ngan tajam.

Taufan langsung membuang muka dia. Aih, terlupa pulak dia ni tengah cari masalah ngan orang yang silap.

Cepat - cepat Taufan membersihkan tenggorokan dia, lepastu cuba tukar topik.

"Hmm, macam mana ngn perkembangan kau..?" Soalnya tetiba.

Entahlah, dia sendiri tak pasti nak membagi soalan ni. Tapi dahlah, janji boleh lari dari amukan si merah.

Halilintar mengangkat kening dia. Apa maksud dia ni..?

"Kau pon tau kan Gempa yang dah mula permainan tu. Rasanya setakat ni tinggal kau ngan Solar je yang masih belum nampak dekat ngan Iman"

Lelaki tu kembali memutar bola mata dia, lepastu balik sibuk ngan pinggan - pinggan tu.

Taufan menatap hairan kat arah kembar dia. Dah kenapa ngan respon dingin tu?

"Kenapa..? Jangan cakap sampai masa ni pon kau tak dekat ngan dia..?"

Soalan tepat sasaran tu membuat Halilintar membatu. Bila masa dia jadi mudah dibaca ni?

Tetiba terdengar sebuah bunyi tepukan kulit berjumpa kulit. Agaknya, Taufan baru memukul kepala dia sendiri.

"Biar betullah kau ni..? Kau tak rindu ke masa kita dekat ngan dia dulu..?"

Halilintar mengeluh. Akhirnya putuskan tuk bersuara.

"Kau ingat ni mudah ke..? Aku bukan macam kau ngan yang lain yang boleh dekat macam tu je. Aku tak boleh. Masih belum" 

Akhirnya putuskan tuk tinggalkan pinggan - pinggan tu. Kedua - dua tangan lelaki tu di kepal, kepala dia tertunduk. Mata pon di tutup.

Little Sister {EA and BBB fanfiction}Where stories live. Discover now