eps - 9 : Apa Jadi? {Pt.2}

293 23 8
                                    

Pukul 15.25

Lepas diorang sampai kat academy, Iman ngan Ali langsung di bawak kat infirmary manakala Rudy ngan Alicia pergi menghadap General.

Rudy ngan Alicia sama - sama berdiri tegap sambil menunduk kat bawah masih menunggu suara General untuk keluar.

General masih diam, dia geram sebab misi utama diorang bisa dikatakan gagal, walau sebenarnya bukan salah diorang.

"Macam mana ini semua boleh berlaku?!" Ucap General mula naik angin.

"Kenapa korang tak menjaga Iman sesuai arahan!" tambah General lagi masih berteriak.

Alicia menghembuskan nafas "General, ini bukan salah kami! Sewaktu musuh tiba - tiba datang Iman nampak pusing lepastu terus pengsan" jawabnya sambil mendengus perlahan.

Dari awal lagi dia nak luruskan salah faham General ni, tapi mungkin dah jadi tradisi MATA untuk kena marah dulu baru bagi penjelasan.

General tersentak musuh mana lagi ni?

"Siapa mereka?!" Bentak General, dah la tu tak payah nak marah - marah nanti tua cepat ma.

Alicia diam untuk berapa saat, mencuba untuk tak menghembuskan nafas lagi "Diorang tu Quil dan Fael General" jawab Alicia.

Ucapan anaknya membuat General diam takpercaya, seingatnya atau lagi tepatnya seharusnya dua kembar tu dah meninggal 8 tahun dahulu.

Quil dan Fael, sepasang penjenayah kelas atas yang bersurai hitam dan putih. Duo Q&F atau lagi dikenal ngan sebutan Qael merupakan seorang yang handal dalam bertarung. Yang satu ahli dalam pedang yang satu lagi merupakan shooter terbaik, tapi tanpa guna senjata pon teknik serangan diorang tu tak main - main.

Diorang jugak merupakan ahli dari kumpulan guiln't dan merupakan bawahan langsung daripada Reen, dan terakhir terlihat 8 tahun lalu semasa letupan kat tengah hutan yang dipercaya menewaskan dua kembar penjenayah tu.

"Kamu pasti?" Tanya General.

Alicia mengangguk "ye General, kami mengetahui yang objektif diorang tu untuk mengambil benda ni" kata Alicia dan disaat yang bersamaan Rudy mengeluarkan suatu alat yang dia rampas dari musuh tadi lalu dia letak atas meja bundar tu.

Tapi takde apa yang keluar, biasanya akan ada hologram yang jelaskan pasal benda ni. Nampaknya benda ni terkunci atau mungkin rosak?

"Setakat ni kami tak tau lagi apa fungsi benda ni, tapi bila dengar dari diorang yang benda ni diinginkan oleh Reen nampaknya bende ni memang penting" ucap Alicia lagi.

"Hmm, baiklah saya akan minta Ejen Geetha untuk cari maklumat pasal benda ni" balas General.

"Ada apa - apa lagi yang kamu temukan?" Tambah General.

Diorang berdua mengangguk "kami temukan satu file yang berisi maklumat pasal rencana diorang 8 tahun dahulu, General" ucap Rudy kali ni yang bersuara.

"Maksud kamu?" Tanya General.

Alicia pon mengeluarkan satu pendrive yang sempat dia gunakan untuk salin informasi yang diorang dapat tadi.

Dia meletakan pendrive tu kat atas meja bundar tu yang langsung mengeluarkan hologram dari isi pendrive tu.

Projek guilnsovie. Suatu projek yang setakat tu adalah projek diorang yang paling besar. Projek ni ialah alat yang dapat membuat satu bandar tu terkena semacam letupan yang membuat sebagian mahluk yang ada tu akan tewas. Bukan cuma mahluk je, bende ni pon boleh hancurkan sebuah pulau.

Diorang banyak mengeluarkan harta untuk Projek ni dan Projek haram ni dah hampir berjaya masa tu tapi disebabkan MATA datang untuk menghentikan diorang saat tu, jadilah satu pertempuran besar dan selepas pertempuran darah yang pada akhirnya dimenangkan oleh pihak MATA, tapi disebabkan pertempuran tu banyak Ejen yang terkorban termasuklah keluarga Iman.

Little Sister {EA and BBB fanfiction}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang