"Diaz!" Delilah rasa nak terkam saja Diaz yang dah menonong pergi.

Sekilas, jejaka itu berhenti dan berpaling lagi.

"Kawan-kawan aku ada dekat ruang tamu depan. Pandai-pandai kaulah cari jalan macam mana nak masuk. Tak pun, kau panjat aje dinding."

Tercebir-cebir bibir Delilah mendengar bicara kejam Diaz.

"Kau ni memang setanlah, Diaz."

Helpless. Terkontang-kanting dia disitu. Otak cuba dikerah memikirkan cara untuk masuk. Tanpa membuang masa, dia menuju ke kawasan belakang. Jalan penyelesaiannya sekarang hanya pintu belakang yang terletak di laundry room. Diaz kata kawan-kawannya ada di ruang tamu. Agak risky, tapi kalau berhati-hati dia boleh melepasi mereka.

Mujur, pintu belakang laundry room tidak berkunci. Dengan berhati-hati dia masuk. Pintu utama dikuak, kepala dijenguk perlahan. Di ruang tamu sana, terdengar bunyi bising oleh dua orang manusia yang masih ralit dengan console di tangan.

Dada Delilah berdebar-debar. Dia buat tindakan berani mati. Keluar dari laundry room tanpa sebarang bunyi lalu mendaki tangga dengan kelajuan maksimum. Dah macam penyangak pecah rumah!

"Jahanam punya Diaz. Memang dasar tak berhati perut." Omelnya tak berpuas hati sebaik sahaja dia selamat memasuki biliknya. Kemeja Qash yang terlilit di pinggang dilepas. Sebelum Jayden dan Eden sedar dia berada disini, baik dia cepat menukar seluar.

Di tingkat bawah, Diaz kerling kearah laundry room melalui ekor mata. Dia nampak Delilah naik ke tingkat atas serupa lipas kudung tadi. Dan sekarang, entah kenapa ada sekelumit rasa bersalah yang menghurung hati. Kejam sangat ke dia tadi?

"Aku laparlah, woi. Jom keluar." Tidak semena-mena, dia menyuarakan keinginannya kepada Jayden dan Eden. Mujurlah kedua-duanya tidak banyak bunyi, ikutkan saja apa yang dimahukan.

Sebelum keluar dari rumah, sempat Diaz melirik ke tingkat atas sebelum mendengus perlahan.

"D.. bukan tu driver baba kau ke?" Jayden menyoal hairan apabila menyedari terdapat sebuah kereta yang terparkir disitu. Pemandunya hampir tidak kelihatan.

"Dialah tu."

"Kau tak tanya dia kenapa? Kut ada benda yang baba kau suruh dia ambil ke.." Ucap Eden.

Tak menyahut, Diaz terus naik ke motor dan menghidupkan enjin. Side mirror yang dah bersih diusap sekilas. Bersungguh dia sental doddles yang dilukis Delilah pagi tadi. Dekat sejam jugalah baru hilang. Pasal.. lipstik yang diguna Delilah tu waterproof. Sakit gila nak hilang. Ini pun masih ada sedikit bekas-bekasnya.

Jadi, dia tak kejamlah dengan Delilah kan?

Terjengket-jengket Delilah melangkah menuruni tangga. Namun, dahi langsung berlapis saat melihat ruang tamu yang tadinya berpenghuni kini kosong dan sepi. Terteleng-teleng kepalanya. Melilau ke segenap ruangan.

Tiada. Langsung tiada bunyi suara mereka yang mana menimbulkan tanda tanya di benak Delilah. Akhirnya dia keluar melalui pintu utama banglo tersebut.

"Pakcik.. pakcik ada nampak Diaz dengan kawan-kawan dia ke?" Soalnya sejurus dia meloloskan diri ke dalam perut kereta.

"Oh.. tadi dorang dah keluar. Tak tahu pula pergi kemana." Pakcik Razak memandangnya sekilas sebelum memulakan pemanduan.

Terangguk-angguk kepala Delilah. Nafas lega ditarik. Nantilah.. dia pasti akan buat perhitungan dengan jejaka kerek itu.

*****


Senyap.

Sepasang suami isteri itu berpandangan. Dalam diam menghantar isyarat mata. Soalnya, suasana di meja mereka ini terasa sangat canggung. Amat tegang. Sejak mereka berempat tiba di restoran yang menyediakan juadah Chinese ini, kedua orang remaja yang duduk bertentangan itu langsung tidak bercakap. Hanya berbalas renungan tajam sambil berpeluk tubuh.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now