DDL~12

3.4K 201 7
                                    


"I'm sorry."

Delilah kerling wajah mamanya sekilas sebelum tunduk semula. Kebisuan wanita itu benar-benar meresahkan. Dia tahu mamanya meminta penjelasan.

"D tak ada niat pun nak gaduh dengan dia. It's just.. happened."

Ya, betullah tu.. bila tengok muka Diaz, automatik mereka berdua akan bergaduh. Sedar tak sedar, dah bergusti. Agaknya Diaz tu bawa bala atau mungkin aura negatif. Sebab tu asyik bergaduh.

Lea mengeluh dalam diam. Sehabis mungkin dia cuba bersabar. Apa yang terjadi tadi sungguh membuat dia terkejut. Ternyata sekasar itu pergaduhan mereka berdua.

"Mungkin Diaz memang kasar orangnya.. jadi kalau D yang perlu mengalah untuk stop pergaduhan tu, D buatlah."

"Dan biarkan dia pijak kepala D?"

"Mengalah tak bermaksud kita lemah, D. Kadang-kadang dengan mengalah kita boleh jernihkan keadaan."

Delilah merengus. Sangat tak bersetuju dengan bicara Lea. Tapi tetap saja, itulah sifat mamanya yang sejak dulu diajarkan kepada dia.

"Diaz memang nampak macam orang yang suka cakap lepas, ganas.. tapi mama percaya, Diaz tu baik budaknya."

Ternganga Delilah dibuatnya. Diaz apa? Baik?!

"Baik celah mana ma? Sudahlah suka cari pasal, panas baran, keras kepala.."

"D.." Tegur Lea laju. Risau kalau ada yang mendengar.

"Tak baik cakap macam tu. Kalau Diaz dengan uncle Am dengar macam mana? D pun dua kali lima aje."

Bagaimana lagi dia harus menasihati anaknya yang seorang ini? Baru dua hari berada disini, dalam dua hari itu juga Delilah bertengkar dengan Diaz.

"Please, dengar cakap mama.."

"Okey, fine." Nak tak nak, Delilah terpaksa menurut.

"Mama nak D minta maaf dekat Diaz nanti." Tiba-tiba Lea mengemukakan arahan yang sungguh buat dia terkejut sehingga terbangun dari duduknya.

"What? No!"

"D.."

"I really don't like him, ma! Tak tahu kenapa bila tengok muka dia D rasa nak mengamuk. He's so.. annoying!"

Kenapa dia yang perlu minta maaf sedangkan Diaz yang suka cari pasal?

"Delilah Lavelle." Nada Lea yang lembut terselit ketegasan.

"Mama tak pernah ajar anak mama untuk benci dekat orang tanpa sebab yang munasabah tau? Kalau D setakat bermasam muka dengan Diaz tu tak apa lagi.. tapi jangan sampai dibawa ke hati. Kalau ya pun tak suka Diaz, sekurang-kurangnya D kena ada rasa sedikit hormat pada dia. D muda dari dia."

Delilah mencebik. Mama bercakap macamlah beza umur mereka terlalu jauh. "Setahun aje pun!"

Lea jegilkan mata, menunjukkan bahawa dia benar-benar serius.

"D dah lupa janji kita sebelum ni?"

Delilah langsung terdiam. Mengerti arah perbualan Lea kali ini.

"D kata nak mulakan hidup baru. Kita dah janji tak nak gaduh-gaduh, nak hidup tenang. Tapi belum apa-apa lagi, D dah mulakan perang dengan Diaz."

Penuh berhati-hati Lea menutur kata. Tak mahu perasaan anaknya terguris.

"It's different, ma.."

"Apa yang berbeza? Kalau D asyik gaduh dengan Diaz, macam mana nak hidup tenang? Mama nak D bahagia. Mama tak nak D bebankan fikiran D sendiri."

Anaknya ini lebih daripada tahu, apa yang dilalui oleh mereka berdua tiga tahun sebelumnya sangatlah rumit.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now