DDL~7

4K 218 5
                                    


Sepi.

Langsung tiada sebarang bunyi yang kedengaran di ruang tamu itu. Seolah-olah empat orang penghuni yang duduk di ruangan tersebut tidak wujud. Pun begitu, keheningan antara mereka amat terasa. Kekok kedua pasangan suami isteri itu menghadap anak-anak mereka.

"So.. D dah kenal antara satu sama lain?" Suara Tuan Amza memecah kesunyian.

"Yes."

Serentak Diaz dan Delilah menyahut. Kedua-duanya saling merenung antara satu sama lain.

"D jumpa masa kat kolej tadi ke?" Soal Lea pula.

"Yes!" Dan sekali lagi, kedua-dua remaja itu menyahut pada waktu yang sama sehingga masing-masing berasa berang.

"Apa masalah kau ni nak mengajuk aku bagai?!" Diaz terlebih dahulu membidas. Diikuti dengan rengusan Delilah.

"Look who's talking! Aku cuma jawab apa yang mama aku dan uncle Am tanya. Ada masalah ke?" Jawab gadis itu berani.

"Memanglah! Dorang tanya aku, bukan kau."

"Siapa kata dorang tanya kau?"

"D.." Tuan Amza dan Lea sama-sama menderam apabila merasakan ketegangan di antara mereka.

"What?!"

Diaz dan Delilah masing-masing menoleh kearah orang tua mereka sebelum saling berpandangan lagi.

"D?!!" Terjerit kedua-duanya dengan riak tak percaya. Baru sedar akan hakikat bahawa mereka mempunyai panggilan nama yang sama.

"Woah.. I can't believe this!" Dengus Delilah geram.

Diaz juga tidak tinggal diam.

"Dah tak ada nama lain ke dekat dunia ni sampai kau nak rembat nama aku?" Tenungan tajam dihadiahkan buat gadis yang duduk di sebelahnya.

Apalah nasib dia asyik-asyik nampak muka budak ni! Tak cukup di kolej tadi, sekarang kat rumah dia pula.

"Tolong sikit! Huruf D tu milik kau ke?! Bukan kau seorang aje yang nak guna nama tu."

"Memanglah bukan hak milik aku, tapi kenapa dalam banyak-banyak orang, kau yang kena guna nama tu?"

"Eei.. kau!"

"Okey, okey.. Diaz Raiden, Delilah Lavelle.. bagi kami bercakap dulu." Laju saja Tuan Amza mencelah apabila melihat kedua-duanya sudah mula hendak naik tangan. Lea pula hanya mengeluh dengan wajah bimbang.

"Kami tak sangka pertemuan pertama Diaz dengan Delilah akan jadi macam ni.." Tuan Amza memberi mukadimah.

"Tapi rasanya masing-masing kena kenalkan diri dulu walaupun.. err.. dua-dua dah kenal secara tidak langsung." Ujarnya sedikit canggung. Wajah anak terunanya dipandang.

"D.. this is aunty Lea. Seperti mana yang D nampak sekarang ni, yang duduk di sebelah D ni Delilah, anak aunty Lea."

Diaz jeling Delilah dengan ekor mata.

"D.. inilah anak uncle Am, Diaz." Usul Lea pula, memperkenalkan Diaz kepada anak gadisnya.

"So what? Baba nak D layan budak ni macam tetamu terhormat ke macam mana?" Diaz membentak sambil mata tak lepas mengerling Delilah dengan tajam. "Huh! Jangan haraplah."

Delilah sendiri juga mencebik geram.

"Ceh! Macamlah aku kemaruk sangat dengan layanan orang tak ada adab macam kau ni."

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin