DDL~5

4.3K 218 2
                                    

Bam!

Kuat bunyi dari hentakan meja itu membuatkan mereka yang berada di kelas itu saling berpandangan. Namun tiada sesiapa yang berani menegur atau masuk campur.

"Siapa perempuan tu, hah?! Kurang ajar.. berani dia cari pasal dengan Diaz!"

Jayden menghamburkan rasa geramnya yang masih bersisa. Beg sandang dihempas keatas meja bersama rengusan.

"Macam mana dia boleh berani buat macam tu dekat Diaz?" Eden yang sedang berpeluk tubuh menyoal. Dia terlepas untuk menonton kejadian yang berlaku tadi kerana dia sudah jauh berlari mengejar target mereka hari ini.

"Dia baru masuk hari ni agaknya, Ed. Dia belum kenal lagi Diaz ni siapa. Itu yang dia berani sangat tu. Dia pergi tarik rambut Diaz ni sampai nak botak dibuatnya! Pergh.. nasib baik rambut kau tak tercabut, kan bro?" Sambil menerangkan apa yang berlaku, Jayden menyenggol sikit Diaz yang sejak tadi diam tanpa suara.

Sesaat cuma, dia ditenung tajam oleh jejaka itu. Cepat-cepat dia berdehem sambil menayang sengih.

"Perempuan tu bukan setakat berani bertarik rambut aje, dia siap maki aku lagi! Menyirap darah aku. Kurang asam punya perempuan.. kau tunggulah, aku akan ajar kau nanti." Keras suara Diaz. Hati masih membara gara-gara si gadis yang bermulut laser tadi.

Sungguh! Dia benar-benar tidak menyangka wujudnya seorang gadis yang berani menempelaknya sehingga bertarik rambut. Rasa terkejutnya masih tak hilang lagi. Bagai terkena culture shock pun ada.

"Tak apa, bro.. nanti kita pergi cari dia. Kalau tak fikirkan dia tu perempuan, memang dah lama aku bagi penampar."

Diaz jeling sikit pada Jayden dengan bibir terjuih. "Bukan kau sendiri pun takut ke dengan dia tadi? Langsung tak tolong aku!" Selarnya garang. Kepala yang masih terasa pedihnya diusap kejap.

"Nak buat macam mana bro.. perempuan tu buas sangat! Tak tahu nak mencelah kat mana." Jayden beralasan. Dan hakikatnya, memang dia takut pun! Dia mana pernah bertarik rambut dengan perempuan sebelum ni..

Eden tergelak. Pandang kearah Diaz yang masih memegang kepala, dia langsung bertanya. "Okey tak kepala kau tu?"

Kasihan pula dengan sahabatnya yang seorang itu. Nampak macam betul-betul sakit akibat penangan gadis yang tidak diketahuinya itu.

"Sakit, Ed! Bukan kulit aje rasa pedih. Dengan kepala aku sekali rasa nak tercabut, kau tau?" Usul Diaz. Dahinya turut berkerut nipis.

Memikirkan bagaimana ganasnya gadis itu, sumpah buat dia rasa nak berubah jadi Hulk. Dengan kata-kata kasarnya.. pergh! Menyirap beb..

"Macam mana dengan Ardi? Kau dapat apa-apa maklumat tak?" Lantas dia menukar topik. Tidak mahu terus-terusan mengingat gadis yang buat dia panas awal-awal pagi tadi.

Eden menggeleng.

"Aku dah cuba kejar dia tadi, tapi dia lesap macam tu aje. Aku tak tahu dia bersembunyi kat mana."

Mendengarkan itu, Diaz mendengus kasar. Diikuti dengan keluhan Jayden.

"Hesy! Kalau bukan sebab perempuan gila tadi, dah lama aku heret Ardi pergi jumpa pengetua. Sia-sia aje tunggu dia bagai nak rak, alih-alih terlepas macam itu aje." Bebel Diaz, tak puas hati!

"Tak apa, bro.. dia takkan dapat lari selama-lamanya dari kita. Sampai ke lubang cacing pun kita akan cari dia." Jayden lagakan buku lima dengan telapak tangannya.

Bersungguh dia lari tadi semata nak mengejar pelajar yang bernama Ardi itu. Tapi bila terdengar ada orang yang berani menengking Diaz di tengah-tengah jalan, semuanya tergendala.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now