DDL~20

3.7K 294 21
                                    

"D

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"D..."

Sengaja diseru panjang jejaka yang sedang terbongkang di set sofa itu. Tapi tiada sebarang balasan.

"D..."

Masih tiada sahutan. Jayden mendesis geram.

"D..!" Kali ini dia memanggil nyaring.

"Mmm..!" Deram Diaz malas.

"Kau belum cerita lagi kenapa budak perempuan tadi jumpa kau." Usul Jayden. Tapi Diaz seolah-olah tidak mendengar. Langsung tak beri perhatian.

Dengan berbantalkan lengan, matanya masih tertumpu pada skrin telefon yang memaparkan chat WhatsApp dari usunya, Arzhel.

Tadi baba tanya AG pasal D.. baba kata D langsung tak balik rumah.

Dibaca berkali-kali pesanan itu. Sudah beberapa minit berlalu, otaknya masih tak ada idea bagaimana nak membalasnya.

Lalu, bersama satu keluhan jari-jemarinya akhirnya mengetik keyboard.

D ada aje dekat rumah Jay. Cakap pada baba tak payah risau. Tak ada beza pun D ada atau tak dekat rumah tu.

Sent!

"Aku tanya kau ni, D.. engaged pulak!"

"Apa!" Diaz bangun sekejap, mengerling Jay yang menghadap meja sofa sebelum dia berbaring lagi.

"Minah tadi tu.. kenapa dia datang jumpa kau?"

"Jay, kau jangan sebut pasal perempuan tu sekarang. Sakit kepala otak aku ni." Omel Diaz kemudiannya. Dahi dipicit perlahan. Lelah sebenarnya dengan situasi diri.

"Dia cari pasal dengan kau lagi ke?" Usul Jay.

"Hari tu kau kata nak kenakan dia?"

Eden yang baru muncul membawa dulang makanan turut sama menyoal.

"Bukan sekarang, Ed. Aku nak kena fikir benda yang lebih penting lagi dari perempuan sengal tu."

"Sengal-sengal pun, kau baik hati jugak dengan dia tadi." Usul Jayden sambil ketawa sekerat, memaksudkan kejadian di kolam renang tengah hari tadi.

Sesaat selepas itu, Diaz hadiahkan side eyes pada dia. Eden pula menjeling.

"Ehemm.. sorry." Jayden kemam bibir. Sedar akan silapnya.

"Lemas karang anak orang tu, kau nak tanggung?" Bebel Eden. Tangannya sibuk meletakkan semangkuk egg drop soup yang dia masak tadi ke atas meja. Penuh meja itu dengan makanan yang dipesan oleh mereka awal tadi.

"Tak adalah.. aku ingat D memang nak humban dia masuk dalam kolam." Jayden ambil seketul ayam goreng lalu digigit selamba.

"Kau ingat aku kejam sangat ke, setan?" Menjeling Diaz dibuatnya. Turun dari sofa, dia duduk bersila di sebelah Jayden.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now