ALTERNATE ENDING

Start bij het begin
                                    

CADEN masuk ke dalam wad itu untuk mengambil dompetnya tanpa pengetahuan Melvin dan yang lain. Bila dia masuk je ke dalam bilik itu, dia terlihat katil tempat isterinya terbaring lima minit yang lepas, kosong. Caden yang sudah sedia ada risau itu semakin risau apabila bayangan bidadari dunianya itu tiada buat dipandang mata.

"Sweetheart?". Panggil Caden perlahan. Sesungguhnya dia sedang cuba untuk bertenang pada saat ini walaupun jantungnya sudah terasa mahu pecah.

"Nazia?". Dia panggil sekali lagi apabila panggilan pertama tadi tidak bersahut.

Masih tiada sahutan atau balasan.

Beberapa saat kemudian, baru lah dia mendengar bunyi-bunyian yang datang daripada bilik air yang terletak di dalam wad itu. Caden pun apa lagi, memang berlari lah dia kerana dalam fikirannya berharap bahawa itu ialah Jasmine; berkat kuasa Allah dia sudah sedar daripada tidur panjangnya.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik air itu dan Caden seakan tidak boleh mempercayai pancaindera penglihatannya apabila dia melihat di situ, berdirinya sesosok figura yang masih kelihatan agak lemah yang bergelar Jasmine Nazia itu sedang membasuh mukanya. Tangan lemah itu kelihatan bertongkat pada sisi singki bilik air itu. Barangkali masih kurang kuat.

Caden tidak dapat menahan dirinya daripada terus tersenyum lebar. Air mata bahagianya ditahan terlebih dahulu.

Dengan derap langkah yang bergetar, Caden berjalan semakin hampir dengan si isteri lalu terus memeluk pinggang Jasmine daripada belakang membuatkan segala perbuatan wanita itu terhenti. Dia juga turut sama terkejut.

"Hi, sweetheart...". Panggil Caden dengan suara manis dan lembutnya.

Diam. Tanpa ada suara sahutan.

"Sampai hati kau tak bagitahu aku yang kau dah sedar kan?". Kepala Caden dilentokkan ke bahagian belakang Jasmine dan di saat itu lah air mata bahagianya yang sejak daripada tadi ditahan itu mengalir membasahi gaun hospital nipis yang dipakai oleh isterinya itu.

"Sayf". Ah... Ini suara yang dirinduinya. Suara yang membuatkan dia tertunggu-tunggu dalam kerisauan buat seminggu lamanya. Sungguh dia rindu dan sekarang, rindunya seakan sudah terubat.

'Terima kasih, Ya Allah...'. Bicara Caden dengan hatinya sendiri, memanjatkan rasa syukurnya kepada Ilahi.

"Aku rindu kau, Nazia. Setiap hari aku risaukan kau. Setiap hari aku tunggu kau. Setiap hari aku doa dekat Dia, aku berharap Dia sedarkan isteri aku". 'Dia' yang dimaksudkan oleh Caden ialah Allah S.W.T.

"Aku minta maaf maaf... Sebab aku, kau jadi macam ni. Sebab aku, one of our children couldn't be saved...". Bicara Caden lagi.

"Sayf ". Jasmine akhirnya berpaling menghadap si suami dan terus memeluk kemas figura itu. Yup, di dalam bilik air itu. Air matanya turut mengalir. Jelas lah bahawa, bukan Caden sahaja yang merindui separuh belahan jiwanya itu malahan Jasmine juga sama. They were missing each other so much.

They were made for each other.

"Kau selamat Nazia, kau selamat. Kau sedar. You came back to me...". Rambut panjang mengurai Jasmine diusap perlahan oleh Caden.

"I never left you...".

AFTER (6 YEARS LATER)

"HAPPY 34th Birthday, Gil!".

Melvin, Alex dan Hedeon tak semena-mena masuk ke dalam bilik itu dengan sebuah kek dan beberapa lagi snek lain yang diletakkan di atas troli hotel yang ditolak oleh Alex itu. Terkejut Caden dibuatnya. Jasmine yang sedang mendukung Mecca yang kini sudah berusia enam tahun itu tersenyum sehingga ke telinga.

SAYF MALEEQ ||©Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu