40- New Heartbeat

7.1K 319 32
                                    

"SAYA tak suka warna dinding dalam rumah ni. Saya nak tukar warna. Sekurang-kurangnya dinding dapur tu. Apasal dengan dapur-dapur sekali warna hitam? Nak orang yang tengah makan tu mati tercekik ke? Nak macam tu?". Ha kan dah tak pasal-pasal kena bebel dengan Jasmine tu. Aip aip sabar, jangan cakap dia mengada. Nanti tahu la kenapa dia cakap macam ni.

Lee, Aidan dan Melvin tercengang mendengar komen Jasmine yang macam ada kurang logiknya itu. Ada ke orang mati tercekik masa makan sebab warna dinding dapur?

" Apa pulak? 2 bulan lepas kau duduk okay je. Takde pula orang yang mati tercekik setakat ni". Lee membantah.

Sedar tak sedar, dah 2 bulan lebih Jasmine Nazia bergelar isteri kepada Caden Gilbert.

Sebulan terakhir ini, keempat-empat orang anak buahnya itu sudah disuruh tinggal di rumah sendiri oleh Caden. Alasannya kerana dia kesiankan isterinya, dalam rumah sendiri pun kena tutup aurat dengan sempurna.

Tapi ada sebab tambahan untuk Melvin. Lelaki itu dengan rela hati tinggal di rumahnya kerana sejak kebelakangan ini, Alisa agak kerap datang ke Malaysia. Dek kerana, perkembangan karya fesyennya yang semakin meningkat semenjak malam itu. Ya, malam fashion event itu. Jadi, dia terpaksa tinggal di rumah Melvin BERSAMA Melvin.

Lambat lagi lelaki tu nak suruh Alisa tinggal di hotel selepas apa yang jadi pada malam itu. Eh? Risau ke tu, Melvin?

"Past is past, okay? Yang penting, sekarang ni. Saya nak tukar warna dinding dapur tu jadi hijau dan coklat. Baru lah aestathic macam dapur rumah Dakota Johnson". Jasmine bercekak pinggang sambil berbangga diri.

Dia sebenarnya dah lama ingin memiliki dapur secantik dapur milik pelakon Hollywood terkenal itu. Cantik sangat! Rasa tenang je bila tengok.

"Mana boleh macam tu. Aya". Alex menepuk dahi sendiri. Penat dia nak melayan isteri rakan baiknya ini. Banyak ragam betul.

Sebenarnya, dah sejam mereka bergaduh pasal hiasan dalaman rumah ni. Sejam juga lah Jasmine ditinggal suaminya bersama ketiga-tiga orang ini kerana lelaki itu sedang 'bermesyuarat' rahsia dengan Melvin di black room.

"Apa pula tak boleh? Cakap dengan saya sekarang?".

"Black is our family's colour. Symbolises elegance and power. We haven't change it since 3 years ago. What makes you think that you can easily change it?". Lee turut bercekak pinggang. Haih, dengan perempuan pun nak bergaduh ke? Dah, dah la tu Lee. Mengalah je la.

Tapi memang benar, ada kisah di sebalik warna hitam itu. Kisah yang sedih. Grief and funeral.

" Lee dah la tu. Dengan perempuan pun nak gaduh ke?". Ha Lee, contohi la Aidan ni. Pandai dia. Lelaki macam ni la sesuai untuk dijadikan calon suami.

"Ah, tak kira! Dinding dapur tu akan tetap jadi warna hitam". Matanya melawan panahan mata Jasmine. Kedua-duanya macam nak tembus je dinding tu, main tenung mata masing-masing.

"Says who?". Terus tatapan mata mereka semua berpaling ke arah tangga rumah itu yang sedang dituruni oleh Caden dan Melvin.

"Come on, Gil. We never change it". Lee masih cuba untuk memujuk semua orang di situ untuk tidak menukar warna dinding dapur itu.

Warna dinding dapur pun boleh jadi isu ke? Ingat ke British je suka buat isu kasut dengan orang beragama Buddha di Tanah Melayu pada dahulu kala. Sejarah tingkatan 4.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now