44- The Love Pendant

6.5K 258 19
                                    

"KORANG nak pergi mana? Muka serius macam nak makan orang je". Sempat lagi Jasmine sindir mereka berlima di hujung katanya apabila melihat mereka menuruni tangga dengan wajah yang...

... agak menggerunkan. Ya, semua berwajah sebegitu. Termasuk lah Aidan yang jarang-jarang sekali menakutkan itu. Yang lain, tak usah dikata la. Memang semua gayanya macam nak pergi berperang dah muka tu.

Soalan Jasmine tadi membuatkan kelima-lima daripada mereka memberhentikan langkah kaki di anak tangga yang paling bawah. Seketika kemudian, mereka berjalan lagi.

Empat daripada mereka keluar daripada rumah, manakala Caden datang menghampiri Jasmine.

Tangannya diangkat untuk menyamai paras pipi Jasmine lalu kedua-dua daripadanya memegang pipi mulus itu. Mata Caden yang beriak sedih, bimbang dan amarah yang bercampur gaul itu menatap wajah isterinya.

"Listen to me, sweetheart. I need you to stay here. Aidan will be outside, taking care of you. Please, please, jangan keluar rumah. Aku tak nak hilang kau, Nazia". Sudah tentu la, kata-kata ini membuatkan Jasmine berada dalam kekeliruan yang hebat.

"Apa maksud awak ni? Kenapa cakap macam tu? Awak nak pergi mana, Sayf?". Tanya Jasmine bertubi-tubi. Wajah yang agak ceria tadi, sudah turut bertukar menunjukkan riak kerisauan, jelas terpampang.

"And please trust me. Trust us. Jangan percayakan orang lain selain kami berlima. Can you do that for me, sweetheart?".

Mendapatkan anggukan daripada si isteri, kepala Jasmine ditarik mendekat lalu dia melabuhkan bibirnya lama di dahi wanita itu.

"Я тебя люблю (i love you)". Ujar lelaki itu sekali sebelum meluru keluar daripada rumah. Pintu dihempas rapat meninggalkan Jasmine yang masih clueless di atas sofa itu bersama plastik kerepek kentang berjenama Mister Potato di tangannya.

Untuk menghilangkan kerisauannya, dia mencapai alat kawalan jauh televisyen lalu menekan butang on. Maka tersiar la rancangan kegemarannya. Kerepek disuakan ke mulut sambil mata fokus kepada skrin televisyen itu. Sesekali dia mengusap perutnya untuk mengurangkan debaran di hati.

Bukannya dia sudah lupa akan pekerjaan suaminya yang tersangatlah bahaya itu. Cuma, kalau boleh dia tak nak ingat. Kalau dia ingat, macam sekarang ni, hatinya tak tenang. Dia tak suka perasaan bimbang ini. Dia benci!

🦋

"KAU bagitahu ke dia, kita nak pergi mana Gil?". Tanya Melvin. Dia juga merisaukan wanita itu. Bahkan, semua orang sedang merisaukan wanita yang sedang ditinggal sendiri di rumah dengan Aidan yang berjaga di luar itu.

Caden hanya sekadar menggeleng. Dia betul-betul berada dalam mod serius. Amarahnya sedikit lagi mahu meletup.

Sejak daripada dia menemui nota di dalam bilik kerjanya yang tertulis,

The old warehouse.
2100.
Or I will take that pretty little wife of yours.
-D.K

Semua orang tahu yang nota itu datang daripada dan ditulis oleh Darren King. Tapi, tiada siapa tahu macam mana nota itu boleh berada tepat di atas meja kerja milik Caden. Siapa yang masukkan?

Apabila CCTV rumah itu diperiksa, hanya kelihatan sebuah figura yang memakai semua pakaian bewarna hitam dan wajahnya ditutupi dengan sehelai kain hitam. Membuatkan tiada siapa dapat mengecam siapakah figura itu. Lelaki atau perempuan? Macam mana dia masuk? No one knows.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now