15- Wish and Question

8.4K 364 10
                                    

REBEN putih susu yang ada di dalam tangan kasarnya itu diusap lembut beberapa kali. Sesekali dia tersenyum. Dan apabila dia tersedar yang perbuatannya itu melampaui batasnya sendiri, dia seakan mahu menampar sahaja mukanya.

Prinsip hidupnya: DIA. TAK. NAK. JATUH. CINTA

Tapi sekarang ni... macam DAH NAK terpesong je? Oops, sorry Melvin! Tak berniat yang perli awak, hehehe!

Telefonnya ditenung. Patut ke dia bagitahu Alisa yang reben milik gadis itu ada di tangannya sekarang ni? Buatnya tu reben kesayangan nak mati Alisa, tak ke menangis dia cari nanti.

'Ah, kisah apa aku!'. Fikirnya kembali sebelum meletakkan reben yang dipegang ke dalam laci meja di dalam biliknya itu.

"Alisa's?". Suara itu hampir sahaja membuatkan jejaka Rusia itu membuka gelanggang silat di dalam biliknya sendiri.

Apahal Caden ni? Sejak bila dia pandai masuk bilik orang tak ketuk pintu? Eh jap, ni bukan rumah Caden ke? Yang lain ni asal tak balik rumah sendiri? Bukan dah ada ke?

"Hm. Reben tu yang Alisa".

Caden tengok dia, dia tengok Caden. Akhirnya, Caden tersenyum nipis.

"Kenapa kau?". Tanya Melvin.

"Kau dah jatuh cinta?". Tanya Caden kembali sambil badannya disandarkan ke frame pintu bilik Melvin.

"Apa kau merepek ni? You have known me for years, I will never fall in love. I hate love, Caden". Satu-satu manusia di antara keempat-empat kawan Caden yang selesa memanggilnya dengan nama 'Caden' berbanding 'Gil'.

"How about Alisa Sofia Litvinenko? I saw how you treated her wound, I saw how your eyes told me that you love her masa malam majlis di Rusia haritu. Kau dah jatuh cinta, Vin". Senyuman Caden semakin lama, semakin melebar.

"Itu tak bermaksud apa-apa. Aku tak nak hancurkan prinsip hidup aku hanya kerana seorang wanita".

"Aku. Aku hancurkan prinsip hidup aku hanya kerana seorang wanita".

"Apa yang kau cuba cakap ni, Caden?". Soal Melvin. Sungguh dia tidak faham dengan kata-kata Caden. Prinsip hidup? Ya, dia tahu apa yang diterapkan dalam hidup Caden semenjak daripada 3 tahun lepas. Dia tahu prinsip hidup Caden. Tapi, dah hancur? Kenapa?

"I fell in love again, Vin. Im married to someone".

"Are you being dead serious right now, Caden Velkov Gilbert? Siapa perempuan bertuah tu? Jap jap, macam mana kau boleh kahwin secepat ni?". Perlahan-lahan senyuman lebar Melvin ukirkan buat Caden. Ingin sahaja dia memeluk batang tubuh lelaki itu tetapi dia tahu yang he hates physical touch.

" Macam mana aku boleh kahwin tu, kau tanya yang lain nanti. Aku penat nak cerita benda sama. Siapa isteri aku? Malam nanti aku bawa dia ke sini". Eleh Caden ni. Baik tak payah cerita kalau separuh-separuh. Maleh lah aku!

Daripada tersenyum lebar tadi, terus senyuman Melvin memudar apabila dia teringatkan sesuatu.

"Caden. Kalau kau kahwin dengan dia, kalau kau jatuh cinta dengan dia, semata-mata untuk kau lupakan your past lover, I guess you better not, bro. Its gonna hurt her someday".

"No, I-I don't".

"Why did you hesitate, Caden? Jangan disebabkan kau tak boleh nak lupakan si dia, kau gunakan orang lain. Tak adil, bro". Melvin cuba untuk membuat Caden faham. Walaupun dia benci cinta tapi dia faham yang perasaan seseorang bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.

"I don't know how but I will try".

"Kita dah kenal lama, Caden. Aku percayakan kau, jangan risau". Melvin akhirnya peluk juga Caden. Nampak lah reaksi terkejut Caden plus dia yang cuba untuk mengelat itu tapi, tetap Melvin peluk batang tubuh itu.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now