Special Part

7.5K 266 69
                                    

"PERGI sekolah elok-elok anak daddy, daddy sayang Mecca. And no matter what I will always be proud of you". Itulah kata-kata yang akan diucapkan oleh Caden setiap kali selepas menghantar Mecca ke tadikanya.

Kata genius, kenapa bersekolah di tadika? Ha, sebabnya ini semua idea dan akal Caden. Dia tak nak Mecca tertekan jika dia menghantar kanak-kanak itu bersekolah di sekolah genius, Permata Pintar. Dia paranoid. Dia takut jika terjadi apa-apa kepada Mecca. Dia takut jika mental health kanak-kanak itu terganggu.

"Mecca sayang daddy, daddy must know that. Jangan buat kerja berat-berat sangat, Mecca tak nak daddy tertekan. Jangan terlalu fikirkan arwah mommy, nanti daddy sedih". Ini pula pesanan yang Mecca ucapan setiap kali dia sudah mahu berangkat ke dalam kelas tadiknya.

Tangan kecil itu mengusap perlahan rambut ayahnya yang sudah siap tersapu dan tersikat bersama gel rambut itu.

"Okay, Mecca. Daddy pergi dulu. Kalau ada apa-apa, suruh cikgu telefon daddy, okay? I love you, Sayf Ayden Mecca". Dia mengakhiri katanya dengan mencium ubun-ubun anak kecil itu.

Hanya Allah sahaja tahu betapa sayangnya dia dengan anaknya yang seorang ini.

His only child. His only treasure.

"Mecca, jom. Kelas dah nak bermula tu". Seorang cikgu ayu bertudung tiba-tiba mendekati pasangan anak-beranak itu untuk menjemput Mecca ke dalam bangunan tadika itu.

Cikgu yang bertag nama 'Hazura' itu kelihatan melemparkan senyuman manis ke arah lelaki beriak wajah dingin itu. Caden Gilbert.

Itu salah satu perubahan yang berlaku dalam hidup lelaki itu. Dia tidak lagi mahu tersenyum semenjak kematian isteri tercintanya, Jasmine Nazia. He will only smile when he is with his child. Or the four idiot friends. Termasuk Hedeon. Ya, empat orang tu termasuk Hedeon.

Oh, info tambahan. Hedeon boleh dikatakan telah mengganti tempat arwah Aidan. Dia di situ juga kerana ingin membantu arwah Aidan untuk menggapai cita-citanya. Menjadi seorang chef. Dia belajar seni kulinari hanya untuk mencuba menunaikan hajat si arwah.

"Cikgu ni kenapa? Jangan senyum dekat daddy Mecca. He hates it".

"Mecca, cikgu cuma senyum aje". Hazura menunduk dan mengusap pipi si kecil membuatkan anak kecil itu menjauhkan sedikit dirinya daripada si guru.

"And I hate physical touch". Just like his father.

Dia menjeling gurunya itu. Amboi Mecca! Garang naw. Lek arhh dikk! Tak rilek arh dia ni. Tachod!

Terus guru itu menjauhkan badannya ke belakang. Mungkin agak gerun melihat tatapan tajam anak beranak itu. Mana taknya, semua tengok dia macam nak terkam aje. Seram!

"Maafkan saya bagi pihak Mecca. But really, he doesn't like physical touch. Don't touch him kalau tak perlu. He can and will throw a tantrum and you won't be able to handle it, I promise". Dia bercakap berdasarkan pengalamannya sendiri.

"Baik, Encik Caden". Takut-takut guru itu menjawab.

🦋

"OKAY, you boleh keluar".

"Baik, Tuan".

Terkedek-kedek private assistant yang bekerja di bawah Caden itu keluar daripada biliknya yang terletak khas di tingkat 55, tingkat paling atas di bangunan hotel itu.

Lelaki itu menghembus nafas lelah. Tali leher yang setia terpaut di lehernya dilonggarkan sedikit. Badannya disandarkan ke kerusi kerja yang empuk yang itu.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now