17- Encik Suami Beku

9.9K 427 40
                                    

"KAU kerja harini?". Soal Caden ketika melihat isterinya yang sedang bersiap-siap di hadapan cermin solek di dalam biliknya itu. Maklumlah, bilik kuning tu kan bilik budak-budak. Jadi, tiada cermin atau meja solek di dalamnya.

"Kerja. Awak?".

Caden hanya sekadar mengangguk malas. Masakan dia nak berterus terang kepadanya bahawa dia bekerja sebagai ketua Velkovace. Mati hidup balik pun dia tak akan bagitahu Jasmine.

"Erm...Caden". Jasmine duduk di birai katil bersama suaminya lalu tangannya teragak-agak untuk menjamah tangan Caden. Namun, dicapai juga olehnya.

"What is it, sweetheart?".

"Saya nak minta maaf".

"Minta maaf kenapa pula? Kau buat salah apa?". Caden bertanya dengan suara lembutnya.

"Saya minta maaf sebab awak kena kahwin dengan saya. Saya minta maaf atas semua yang terjadi. Tapi, saya nak awak tahu yang-".

Tidak sempat dia habis berbicara, terasa benda lembut mendarat di atas bibirnya.

Bi-bibir Caden? They kissed?!

"Aku tahu. Aku percaya yang bukan kau buat semua tu. Aku yang patut minta maaf sebab tuduh kau melulu malam tu. Malam tu aku marah sangat but then I realised, maybe your name was really written in my destiny by Allah".

"Lagi satu kan, Caden. Saya tak pernah tahu yang awak Muslim. Saya ingat awak beragama lain atau atheist. Sebab nama awak lain daripada yang lain. Tapi, masa akad nikah tu, bila tok kadi ekspres tu sebut nama betul awak, barulah saya tahu".

Ha, apa nama Islam Caden? Kita tunggu dekat chapter lain ye, anak-anak? Nanti tak seronok la kalau bagitahu awal-awal. Yang penting, nama Islam Caden adalah nama yang tercantik yang pernah Jasmine dengar. Ya, hanya dia sahaja yang tahu nama Islam Caden. Tiada orang lain.

"Lagi satu, kita pernah jumpa ke? Sebab saya rasa macam pernah nampak awak sebelum perjumpaan kita dekat lobi hotel haritu". Tanya Jasmine lagi. Penuh dengan rasa ingin tahu.

"More or less 3 years ago, kita pernah jumpa dalam satu kapal terbang. Air Asia G-136. Aku dengan Melvin, Aidan, Lee dan Alex baru nak balik ke Malaysia masatu. As well as you, right? Don't you remember that you gave me this?". Caden memusingkan tangannya untuk memperlihatkan segaris parut kecil yang terukir elok di sisi tangannya itu.

" Huh! Awak ke lelaki bermata hijau yang saya pegang tangan dia tu?".

" Mm-hm. You was so scared back then. Itulah saat pertama kali aku tengok wajah kau". Tipu Caden.

"Patut la saya rasa macam pernah tengok je awak. Awak lelaki kapal terbang tu rupanya. Tak sangka pulak boleh terkahwin". Malu-malu Jasmine memperkatakan ayat di bahagian belakang itu.

"Dah la. Jom, aku hantar kau pergi kerja". Dia memegang tangan isterinya.

"Takpela, saya boleh pergi sendiri".

"Takpe, aku hantar. Lagipun, ada benda aku nak cakap dengan kau nanti".

"Okay".

🦋

KERETA diberhentikan di hadapan pintu pagar hospital atas suruhan isterinya sendiri. Handbrake ditarik dan tangannya lantas melepas tali pinggang keledarnya sendiri. Fokusnya kini tertumpu sepenuhnya pada Jasmine.

"Kenapa? Awak nak turun juga ke?". Tanya Jasmine, agak curiga dengan tindakan suaminya ini.

"Aku nak minta maaf dengan kau".

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now