51- Kian Terungkap

5.7K 289 11
                                    

"Assalamualaikum! Yow, yow wassup! It's your boy, Aidan! Harini, aku kena bersiap cepat sebab nak teman bini Caden pergi shopping. Kinda excited sebab aku dah lama tak keluar shopping, biasanya Lee je pergi. Aku kena tinggal sorang-sorang dengan rumah, hm... Eh, aku cau dulu!".

" Yow, it's your boy, Aidan Hakimi! Wassup guys! Harini aku kena pergi ambil bini Caden pulang daripada kerja dia. Boleh pergi melawat hospital uwu~ Cau lu!".

" Yow guys... Harini aku kena marah dengan semua. Sebab aku TER-tembak pintu bilik tukar baju dekat mall tadi. Ala... Aku bukan sengaja pun kan? Okay la, cau dulu. Bini Caden nak suruh aku masak laksa penang tu".

"Wassup guys! It's your boy, Aidan Hakimi! Harini aku ada lukis something sebab terlalu bosan. Semua dah keluar rumah, tinggal aku sorang-sorang, tak aci! Ni la lukisannya".

"Guys, aku nak pergi dah ni. Lepas rakam ni, aku letak cip ni dekat belakang frame tu tau. Aku harap, diorang jumpa la. Kalau aku tak balik, aku nak sangat diorang jumpa rakaman ni. Aku nak diorang tahu yang aku bersyukur sangat kenal diorang. Aku sayang korang! Cau lu, ada musuh yang perlu dibasmi".

Itu rakaman terakhir yang dijumpai di dalam cip kecil rahsia yang rupa-rupanya menyimpan seribu satu vlog harian yang dirakam sendiri oleh Aidan.

Skrin komputer dibiarkan terbuka. Ketiga-tiga daripada mereka terlihat mengalirkan air mata.

"Video terakhir tu. Dia macam dah tahu yang dia akan pergi". Kata Lee. Air mata yang lebat mengalir, dibiarkan sahaja. Langsung tak kisah kedua temannya itu memerhati.

"Aidan, you are such a f*cking stupid boy! Kenapa kau pergi awal sangat!? Kau dah janji dengan aku, kau nak kita sama-sama bunuh Darren, kan?!". Alex menghempaskan tangannya agak kuat ke atas meja berona hitam di dalam black room itu.

Melvin juga turut menitiskan air mata. Namun, seakan tidak terlihat sahaja dek kerana amarah yang menguasai pelusuk jiwanya dengan lebih kuat.

" Hello, it's you boy, Aidan. To proceed, please enter the password".

Tengah-tengah mereka bersedih, muncul satu ikon kartun mirip Aidan betul-betul di atas skrin laptop milik Alex itu. Ikon comel itu yang menuturkan dialog itu membuatkan semua manusia di situ agak terkejut.

"Password? Untuk apa?". Pandangan Melvin yang sedari tadi fokus sahaja pada laptop itu beralih ke arah kedua-dua manusia yang ada di belakangnya.

"Tu".
"Tu".

Kedua-dua daripada mereka menghalakan jari ke arah skrin laptop yang kini memaparkan ikon kartun Aidan tadi yang memegang sebuah ikon fail kuning yang di atasnya ada tertulis:

Top Secret
Enter the password: |...

"Top secret? Korang tahu apa-apa ke pasal ni?". Melvin menyoal Alex dan Lee lagi. Mana lah tahu kan, kalau-kalau diorang tahu rahsia apa yang terkandung di dalam fail yang memerlukan kata kunci untuk membukanya ini.

"Kalau kau tak tahu, kitorang lagi lah tak tahu". Balas Lee. Air matanya dilap menggunakan bahagian belakang tapak tangannya.

"Dahtu nak buka ke tak ni?".

"Buka la". Alex cuba untuk menyakinkan Melvin. Dia ingin sekali tahu top secret apa yang Aidan cuba sembunyikan daripada mereka semua.

"Kan ada password tu, bodoh!".

Tak pasal-pasal kepala Alex diketuk oleh tangan Lee. Ha, tu lah suruh buat benda yang mustahil lagi. Kan dah kena. Sakit tak? Mesti sakit kan? Kan? Kan?

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now