Chapter 16🦋

715 25 4
                                    

"Kenapa Zayden cakap macam tu?"

"Entah la mama. Firasat Zayden cukup kuat mengatakan Zyva ada di rumah mummy."

"Firasat seorang suami tu memang betul. Tapi kamu jangan terlalu berharap ya. Takut nanti kamu yang sedih."
_______________________________
"Mommy tak bagitahu pada sesiapa kan yang Zyva ada di Malaysia?" Soal Zyva kepada Puan Laila. Risau betul jika suaminya tahu dia berada di Malaysia.

"Mommy tak bagitahu sesiapa sayang. Mommy hormat keputusan Zyva. Zyva dah besar, dah pandai buat keputusan sendiri."

"Terima kasih mommy sebab faham situasi Zyva." Zyva bersyukur kerana keluarganya faham dengan situasi rumah tangganya.

"Sama-sama sayang. Mommy doakan semoga kamu dan suami kamu dipermudahkan segala urusan."

Tiada ibu yang suka melihat anaknya bersedih. Begitu juga dengan Puan Laila. Luluh hatinya melihat Zyva yang berbadan dua namun tiada suami disisi.

Cecair jernih mula turun di pipi putih gebu Zyva. Dia rindukan suaminya. Rindu yang teramat sangat. Tetapi, luka dihatinya masih tersisa. Zyva takut perkara yang sama berulang kembali jika dia kembali ke pangkuan Zayden.

"Abang, Zyva rindu. Maafkan Zyva atas apa yang Zyva dah lakukan selama ni." Bisik Zyva perlahan.

"Zyva, pergilah rehat dekat atas. Mummy nak masak lunch. Kalau dah siap mummy panggil."

"Mummy tak nak Zyva tolong ke?"

"Ala tak apa lah tak perlu tolong mummy. Kamu tu perlukan banyak rehat. Tak boleh buat kerja banyak-banyak kesian baby."

"Betul ni? Zyva dah offer diri nak tolong."

"Iya sayang. Dah pergi naik atas, rehat. Nanti mummy panggil."

"Okey mummy."
_______________________________
"Eh, Zayden nak kemana tu?"

"Zayden nak pergi melawat mummy kejap. Dah lama Zayden tak jumpa mummy."

"Ohhh, kirim salam dekat mummy ya. Cakap dekat mummy, mama minta maaf sebab dah lama tak pergi melawat dia."

"Iya lah mama. Zayden pergi dulu Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."
________________________________
Agak-agak Zayden jumpa Zyva tak???🤔🤔

"________________________________Agak-agak Zayden jumpa Zyva tak???🤔🤔

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
Isteri paksa rela | CKde žijí příběhy. Začni objevovat