"Walaupun dia bisu tapi banyak orang minat dengan dia. Depan-depan aku pula tu dua kali." Gumam Aryan sambil mencabut jam tangannya.

"Sejak bila dia ada ex pun aku tak tahu. Lama sangat ke kitorang berpisah?" Tuala di dalam almari diambil.

"Tapi berapa lama dah diorang break and berapa lama pula diorang couple?" Aryan berdengus lalu masuk ke dalam bilik mandi. Dia masih tidak berpuas hati dengan Firash. Banyak Aryan kena cari tahu tentang Alyssa.

Selesai mandi, Aryan duduk di atas katil lalu badan disandar pada belakang katil. Macbook dibuka.

Aryan mendapat email daripada Fathi. Dia menyuruh Fathi untuk mencari maklumat tentang Alyssa sebelum ini. Satu persatu maklumat tentang Alyssa dibaca. Makanan kegemaran Alyssa Aryan masih ingat sehingga sekarang. Nasi lemak umi. Comel betul Alyssa Maisara.

Ada satu maklumat menarik perhatian Aryan. Maklumat tentang hubungan Alyssa dengan Firash. Wajah Aryan kembali mendatar. Teliti dia membaca setiap maklumat itu satu persatu. Tidak tertinggal satu pun.

"Patutlah aku rasa lain bila jumpa dia rupa-rupanya memang pembawa bala dalam hidup Alyssa. He was lucky I wasn't there before or else he will not breathing by now." Gumam Aryan sendiri. Aryan mengetap rahangnya kuat.

"I'll make sure he never getback with her. He can try but over my dead body. Not so quick, young man." Aryan tersenyum sinis.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Alyssa baru keluar dari bilik tidurnya. Selepas solat subuh dia beritahu Mansur yang dia nak rehat kejap sebab malam tadi dia tak cukup tidur. Alyssa terlalu banyak fikirkan tentang Aryan semalam sampai mengganggu tidurnya.

"Alyssa, mari sini. Bakal suami kamu datang ni" kata Mansur yang sedang duduk di ruang tamu bersama Aryan. Alyssa terkejut melihat wajah Aryan lalu berlari masuk ke dalam biliknya semula.

"Dah kenapa dengan Alyssa tu?" soal Mansur. Aryan berdehem beberapa kali kerana ternampak aurat Alyssa. Hanya sekilas saja.

"Aduh, kenapa abi tak bagitahu yang abang Aryan datang? Habis dia nampak rambut aku." Bisik hati kecil Alyssa. Dia mencapai satu tudung sarung. Pakaiannya juga ditukar kerana baju tidurnya agak tidak sopan.

Alyssa keluar semula. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Mansur. Aryan menundukkan kepala langsung tidak memandang Alyssa.

Alyssa melabuhkan punggung di sebelah Mansur.

"Aryan datang sebab nak bawa kamu keluar pergi blood test. Pergilah mandi siap-siap keluar dengan tunang kamu" kata Mansur sambil tersenyum. Alyssa mengangguk lalu menuju bilik mandi di dapur.

"Awalnya dia datang? Tak penat ke ke hilur ke hilir semalam? Aku yang duduk sebelah dia pun penat." Bisik hati Alyssa di dalam bilik mandi.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now