Nenda Asiah tidak sedarkan diri selepas solat. Itupun Isa yang perasan bila dia mahu pulang ke rumahnya dan ingin berjumpa dengan nenda terlebih dahulu sebelum pulang. Ingatkan nendanya cuma tidur, namun dikejut beberapa kali Nenda Asiah tidak terjaga.

"Bagusnya adik babang ni. Luth kena jadi anak yang kuat tau. Kuat macam babang Nuh dan babang Isa. Luth tak boleh mengamuk dan buat perangai lagi dah. Nanti duduk baik-baik ya kat rumah, tunggu nenda balik" pesan Nuh.

"Okay babang" Luth cuma akur meskipun tidak faham sangat apa yang dioerkatakan oleh abangnya itu.












             CALLA mendukung Lily Ayyara mendekati Nuh yang sedang berteleku di tikar sejadah itu. Subuh baru Nuh pulang dari hospital dan menunaikan solat subuh di rumah. Jelas lelaki hebat itu hilang sirnanya sejak semalam.

"Baba, nah ambil Lily" Calla menyua Lily dan kemudian dia pula duduk dengan susah payah kerata perutnya yang sudah membesar membataskan pergerakan dia.

"Bababa! Bahh!" Lily bermain dengan wajah kacak baba dia dan melompat ligat.

"Ya princess" Nuh menggomol pipi gebu kemerahan itu sehingga Lily mengekek hilang suara.

"Mama dengan princess sayang baba sangat-sangat" ucap Calla lalu melabuhkan dagu di bahu Nuh. Bau maskulin yang terhasil dari tubuh kekar itu sering buat Calla kecanduan.

"Thankyou my lots of love" balas Nuh.

"Nenda macam mana?" Tanya Calla.

"Masih tak ada respon. Doktor dah tempatkan nenda dalam ICU. Flower dan princess baba tolong doakan nenda dan oyang tau" Nuh mengucup ubun-ubun Lily lama. Kemudian beralih pada Calla pula.

Calla menarik rahang Nuh yang menimbul itu supaya menghadapnya. Dia tahu, suaminya itu cuma pura-pura kuat demi orang sekelilingnya.

"It's okay to cry baba. Tak menangis bukan menandakan kita kuat. I ada bahu untuk baba bersandar. I dah gemuk untuk baba peluk. I ada leher untuk baba lepaskan tangisan di sini" Calla menarik Nuh dan dipeluk erat. Selepas itu, Calla rasakan ceruk lehernya mula basah dengan cecair panas.

"D harap nenda akan sedar. D kesian Luth dan Isa. Dioranglah paling manja dengan nenda" Nuh teresak halus.

"Inshaallah nenda akan sedar dan sembuh seperti sediakala. I dan anak-anak akan selalu ada dengan baba dan berikan baba semangat sepertimana baba selalu ada untuk I dan anak-anak. Inshaallah, akan ada khabar baik untuk D nanti. Kita sama-sama kuat dengan senjata yang kita ada ya?" Calla memegang pipi Nuh dan Nuh angguk terharu.

"Thankyou flower, I love you..." Nuh memeluk bidadari dunia akhiratnya itu lagi sekali. Sumpah, dia takkan pernah bosan untuk mengungkapkan kalimah bermakna itu pada Calla Maleeka.












           HARI berganti hari, usia kandungan Calla pun hanya menunggu hari saja mahu melahirkan. Untuk kali kedua ini, Calla sudah sedikit santai dan tenang. Kalau dulu pengalaman pertaman mengandungkan Lily Ayyara, semua benda Calla risau. Banyak benda yang dia fikirkan.

"D bangun D" kejut Calla pada pukul 1 pagi.

"Nak makan apa lagi flower?" Itu soalan Nuh yang terpacul di bibir. Tahu sangat dah pe'el ibu mengandung ni suka mengidan di awal pagi.

"I nak makan roti cheese family mart" Entah tiba-tiba saja Calla teringat roti bun cheese yang dijual di family mart. Kelembutan roti tersebut fuh, buat Calla teguk air liur sendiri.

"Jom bersiap, kita pergi cari. Tapi Lily? Takkan nak bawak Lily pagi-pagi macamni" Nuh mengeliat sakan.

"Nanny Dhea dia ada. Tinggal sekejap je kan" Nuh angguk lalu dia turun dari katil dan membantu Calla pula untuk berdiri.

"Hey, kenapa perut flower senget? Ya Allah! Ya Allah, sayang anak gerak yang" Nuh terkejut melihat perut Calla. Banyak sangat pengaruh Alien vs Predator. Terus dia risau melihatnya.

"Ya, I rasa D. Memang macamtu sekarang ni. Lagi-lagi waktu macamni. Memang waktu dia bergiat aktif" beritahu Calla tergelak terhibur dengan wajah cuak pucat Nuh.

"Tak sakit ke? Kalau D— hm taknaklah cakap" Nuh garu belakang kepala.

"Sakitlah juga kalau dia lasak. Tapi dah biasa dah" jawab Calla selamba.

"Cepat keluar adik, kesian baba tak sanggup tengok perut mama macam belon terlebih angin" Nuh mengusap perut Calla.

"Jahat! D cakap perut I belon?" Calla menjegilkan matanya.

"Haah, tapi jangan risau. Mama tetap comel, hot, sexy dan aaaa! Buat D geram macam nak kunyah" Nuh memicit pipi Calla kegeraman. Itu saja modalnya kalau nak menyakat Calla Maleeka sekarang ini.

"Ye ye lah tu" Calla mencebik. Ada-ada saja bapa beranak satu nak masuk dua ni. Selalu buat Calla jatuh cinta bertubi-tubi.
























Jumpa di epilog nanti okie.

TBC.

Nuh's Secret Wife [C]On viuen les histories. Descobreix ara