B A B 21

16.9K 728 16
                                    









        NUH menutup kasar laptop milik Ghibran. Wajah lelaki itu seakan mahu meloya selepas menonton video yang menjadi punca Calla mengamuk sakan tempoh hari. Dia memandang Ghibran dengan dada yang turun naik.

"Geli! Siapa punya kerja ni?!" Nuh rasa meluap tiba-tiba.

"Kalau aku tahu dah lama aku bagitahu kau. Nak juga tengok adik ipar mengamuk depan mata" jawab Ghibran yang tidak pernah serius.

"Kau pun satu, mulut lembik sangat. Tak pasal timbul salah faham. Ish, meremang! Aku masih straight lah!" Nuh menggosok bulu romanya yang tiba-tiba berdiri seram. Ghibran sudah bantai ketawa tak ingat dunia.

"Aku pun. Isteri aku masih menarik. Calla ada cakap apa-apa tak dengan kau?" Ghibran menyoal dengan kening sebelah diangkat.

Nuh malah mengeluh pula.

"Minta maaf je la. Lepastu asyik menangis saja. Tak faham aku. Dia yang berulah, dia yang menangis macam aku pula yang bersalah" Nuh bercerita.

"Budak tu memang manja sikit. Tak reti kawal perasaan pun ya juga. Aku harap sangat masalah ni tak berlarutan" pesan Ghibran.

"Ya, kau ingat aku nak sangat ke macamni? Aku cuma nak ajar sikit supaya dia tak terlalu ikutkan emosi kalau marah atau cemburu. Aku nak dia jadi matang dalam berumah tangga" jawab Nuh dan Ghibran sangat bersetuju.

"Faham, tak apalah. Jom lunch rumah baba, mama ada masak special harini" ajak Ghibran.

"Okay, tapi aku nak balik dulu. Ambil Calla then aku ke sana" Ghibran buat muka mengusik.

"Gaduh-gaduh pun ingat bini. Bagus-bagus" puni Ghibran dan Nuh menumbuk olok-olok bahu Ghibran.

"Diamlah! Kau pun sama je dengan Aisy tu" getus Nuh tak mahu kalah dan Ghibran ketawa senang.











CALLA tersenyum puas apabila tomyam ayam yang dia masak menjadi. Ini semua bekat ajaran Nuh lah ni. Sekarang Calla dah boleh flex denkat mama dia yang dia dah pandai buat tomyam yang sedap seperti di kedai makan.

Nuh mahu berlalu ke atas lekas ditahan Calla.

"D, I ada masak tomyam ayam. Berkat ajaran D, I dah reti masak. Sedap! Jom kita lunch sama-sama?" ajak Calla.

Nuh diam memandang Calla atas bawah. Padah nak bagi silent treatment sangat pada isteri, sekarang jiwa sendiri yang merana.

Calla memakai hanya seluar pendek separas pangkal peha, baju t-shirt oversizenya lagi menampakkan Calla seperti tidak memakai seluar. Mujur bahagian depan bertutup dengan apron. Terlindung sikit peha gebu itu buat tatapan Nuh.

"Pergi bersiap, kita pergi rumah baba" putus Nuh serius. Calla diam dan menekur ke lantai hiba. Penat-penat dia memasak, Nuh malah ajak pergi rumah baba pula.

"Lepastu, bawa semua masakan you tu kita makan di rumah baba. Mama ajak makan di sana" arah Nuh dan Calla kembali mengangkat wajahnya. Tidak lagi semendung tadi.

"Ta-tak apa ke, bawak makanan I pergi sana?" Calla bertanya lagi.

"Kenapa tak boleh pula? Cakap sedap, kita makan sama-sama lah di sana. Tak adalah membazir nanti" jawab Nuh dan Calla senyum lebar.

"Lagi satu, dekat rumah baba dengan mama nanti I harap you boleh berlakon lagi. Jangan tunjuk sangat yang kita tengah berperang dingin. Boleh?" Pinta Nuh sengaja membuat syarat begitu. Nak lihat reaksi Calla.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now