B A B 27

18.9K 733 27
                                    











       CALLA MALEEKA terpaksa memberanikan diri juga untuk masuk ke dalam bilik kerja Nuh yang berada di tingkat atas bahagian loteng. Skru lutut mulai melonggar saat merasakan aura dingin lelaki itu memenuhi segenap ruangan bilik.

"Flower, I said leave me alone right?"

Tengok, bila mengeluh pun guna bahasa ibunda Prince William bermakna lelaki itu benar-benar tengah tak ada mood lah tu. Calla coret senyuman kekok. Dia mara ke arah meja kerja Nuh dan sekali lagi dengan beraninya dia duduk di ribaan si suami yang masih merajuk itu.

"Janganlah merajuk dengan I lama-lama. I minta maaf" pujuk Calla lemah-lembut. Rahang
Nuh diusap manja.

"Dah seminggu dah Calla pergi check baby kita and D tak tahu apa-apa pun. Tahu pulak dari orang. Bagus sangat Calla Maleeka, D ni suami atau orang luar?" Nuh langsung tak pandang wajah Calla ketika bercakap. Benar-benar terasa hati tu.

Calla geleng kepala laju.

"Bukan I...I cuma na—"

"Cuma apa? Cuma tak rasa berita gembira ni tak penting untuk D tahu? Begitu?" Cantas Nuh dalam nada kesal. Raut wajah kacak itu juga berubah mendung sedikit.

"Stop blaming yourself D. I tak suka la D cakap macamni" Calla panggung sedikit mahu mencium pipi Nuh. Dengan pantas Nuh mengelak menoleh ke sisi.

"No kissing while fighting flower. Turunlah, dah kebas peha D ni" Nuh cuba menjauhkan Calla darinya. Bimbang kalau-kalau dia tewas dengan godaan isterinya itu. Dah plan dah kalini dia merajuk lama-lama sikit.

"D nak cakap I berat? Badan I naik sebab bawa anak D tau!" monyok sudah wajah Calla Maleeka.

"Dah, stop manipulating my words. D tengah merajuk ni. D terasa hati sebab flower sanggup tak bagitahu D pasal baby kita" ujar Nuh.

"Sampai hati D..." ujar Calla sedih.

"Sampai hati flower juga sebab rahsiakan kandungan dari D" Nuh sambung membuat kerja.

Calla hanya diam. Matanya pun sudah terasa panas.

"I minta maaf sebab rahsiakan dulu tentang baby daripada D. I akan beringat lepasni" Calla turun dari ribaan Nuh dan keluar dari bilik dengan hati yang lara.

"Apa bodoh sangat kau ni Nuh?!" Marah Nuh pada dirinya sendiri. Nak merajuk lama-lama sangat kan, ambik kau.

Terus computer ditutup, meja dikemas dan Nuh keluar mahu mendapatkan Calla Maleeka.















          PINTU bilik bakal anak pertama mereka Calla tolak dari luar. Sudah lengkap semua dengan kelengkapan bayi. Dihias dengan warna putih saja dahulu sebab jantina baby masih belum diketahui. Calla duduk di birai katil lalu menyambung menangis di situ.

"Salah ke mama nak surprise baba dengan cara macamni? I feel bad right now baby" adu Calla sambil mengusap perutnya yang masih kempis itu. Terhinjut-hinjut bahunya menahan sedu.

Paper bunting yang digantung melintang pada dinding bilik dipandang sayu.

'Happy birthday baba'

Gigih dia siapkan semua ini secara sembunyi-sembunyi. Banyak kali juga mahu kantoi dengan Nuh disebabkan mulut becok Hessa namun pantas dicover semula oleh Calla.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now