B A B 15

21.2K 705 11
                                    










NUH menjengah ke ruangan dapur bila ada bauan enak menyapa rongga hidungnya. Tetapi bayangan Calla tidak ada pula di dapur. Nuh mencari lagi di tempat lain pula. Lalu ruangan tengah yang menghubungkan ke kolam renang dan ke surau, Nuh dengar bunyi lagu.

Nuh berdiri di pintu gymnasium mengintai ada orang di dalam. Nuh mencebik sinis. Awal pagi lagi Calla dan bangun dan habiskan masa di sini. Lihat saja Calla melakukan regangan, Nuh teguk liur pekatnya.

Fuh....

"Nice move flower" Nuh munculkan diri.

Calla hentikan perbuatannya dan memberi perhatian pada suaminya yang baru masuk itu. Nuh tengok dia atas bawah.

"Sibuklah, D cakap nak tidur lama tadi" omel Calla.

"Tak jadi, bantal peluk D hilang. Rupanya bantal peluk lari dekat sini" ujar Nuh yang mengambil tempat di atas bench press menghadap Calla tanpa jemu. Orang cantik dekat depan kot.

"Alaa, I bangun awal sebab dah tak boleh nak lena lepas subuh. I dah buat french toast. Sedap! D pergilah makan" beritahu Calla ceria.

"Taknaklah, awal lagi. Nak workout juga lah" Nuh pun bangun dan mula memanaskan badan.

Calla berhenti terus dari bersenam dan memerhatikan suaminya pula. Kalau tadi Nuh setakat telan air liur tak lepas tengok Calla, sekarang Calla rasa nak jadi matress sebab boleh duduk bawah Nuh. Uhuk!

Daripada Nuh mula melompat bintang, climbers, push ups semua Calla tak terlepas satu pun peluang keemasan itu. Waktu Nuh buat cross crunches, Nuh terpandang Calla yang asyik melihat dia tanpa lepas. Terus dia lepas tawa mewahnya sehingga terbaring.

"Stop looking at me like that, flower" Ujar Nuh. Sebelahnya ditepuk dan Calla patuh duduk di sebelah Nuh.

"Sexynya D" Calla terpuji dan Nuh hanya senyum.

"Sexy lagi isteri D. Bukan setakat sexy, tapi hot, beautiful, tempting—" Calla pekup mulut Nuh dengan tangannya. Bukan main melambung lagi pujian dia dapat dari Nuh.

"Sungguh, D tak tipu. Tengok ni, hm what a nice curve you have my beautiful flower" Nuh meraba pinggang dan pinggul Calla selamba.

"Toink! Toink!" Calla pula gatal menekan abdomen Nuh yang berketul macam coklat cadbury itu. Hot betul laki ini sorang. Mujur hak mutlak Calla Maleeka.

"Boleh makan tak ni D?" Tanya Calla berseloroh.

"Boleh, flower nak ke? Orang cakap sedap" tanpa sedar, Nuh silap penggunaan ayat. Calla sudah berubah riak.

"Orang mana cakap sedap tu? Pernah rasa ke?!" Soal Calla dah mula tumbuh tanduk.

"Bukan itulah maksud D. Orang tu D sendiri lah. Aish kuat cemburu betul budak ni. Flower je boleh rasa-rasa D, makan D. Orang lain tak boleh" perbetul Nuh semula dan barulah Calla okay semula.

"Jom sambung!" Ajak Nuh dan Calla geleng.

"D sambunglah, I dah penat. Tengok D workout boleh la" Calla sengih nakal.

"Boleh-boleh. Duduk sana semula, dekat-dekat macamni takut workout lain pulak jadi. D takda jaminan sangat" halau Nuh dan Calla ketawa suka.
Boleh tahan masuk air juga dua suami isteri ini.













"LALALALAL— D nak pergi mana?!" Tanya Calla sibuk. Tadi Nuh tak berbaju, berseluar pendek tengok movie dekat atas sekarang suaminya bukan main charming lagi seperti ada urusan di luar saja gayanya.

"D nak pergi rumah nenda sekejap. Luth tak sihat, nak jumpa D. Budak tu kalau sakit memang cari abang-abang dia" beritahu Nuh.

Calla menghela nafas kasarnya dan menghampiri Nuh. Badan Nuh dihidu selamba badaknya saja.

"Alaa, kesian adik handsome I. Nak ikut boleh?" Calla Maleeka tayang wajah comelnya. Mana tahu, kalau Nuh lembut hati.

"Dah mandi ke belum?" Soal Nuh dan mendapat gelengan daripada Calla.

"Okay budak tak mandi tak boleh ikut" kata Nuh sengaja mahu mengusik. Nak tengok reaksi Calla seterusnya.

"Okay tak kisah!" Calla menoleh dan berura-ura mahu meninggalkan Nuh di ruangan itu. Orang tak bagi ikut buat apa nak terhegeh-hegeh pula kan.

"Aduh!" Calla menggosok hidung separa mancungnya selepas terlanggar sesuatu yang pejal. Rupanya Nuh yang dia langgar.

"Jom D mandikan, kita pergi tengok Luth sama-sama okay" Nuh mengheret Calla masuk ke dalam bilik air.

Calla disuruh duduk dan Nuh menyiapkan Calla. Waktu Calla mandi, Nuh yang tolong gosokkan tudung dan baju. Sekarang Nuh mengikat rambut Calla pula dan dijadikan sanggul.

"Susahnya nak ikat rambut flower, lembut sangat" komen Nuh.

"Ikat biasa-biasa je lah, nak pakai tudung jugak" balas Calla yang melihat wajah bersungguh si suami dari pantulan cermin.

"Tak boleh, D tak puas hati" jawab Nuh dengan wajah berkerutnya membuatkan Calla ketawa. Nak buat tapi bising tak kena itulah, inilah.

"Nanti kalau ada anak perempuan D lah mangsanya" Calla saja je cakap, dan Nuh senyum sipu. Gedik sangat dah gayanya.

"D tak kisah. Biar banyak pokok kelapa atas kepala anak tu nanti D buat. Bestnya, tak sabar nak ada anak" Calla rasa pipinya panas dan kebas.

"Ya, inshaallah semoga ada rezeki tu" sambung Calla menggunakan modal islamik sikit.

"Aamiin. Okay dah siap, ei comelnya isteri D" puji Nuh yang berpuas hati dengan gaya tudung yang dia pakaikan pada Calla.

Calla tahan gelak. Tudung bawal Nuh lipat banyak di bahagian tepi. Dah macam makcik-makcik dah rupa Calla.

"Let's go flower, nanti Luth tunggu lama pula" Calla bangun mencapai beg tangannya dan mengekori langkah panjang Nuh.







  

        LUTH memeluk Nuh seperti mengadu keadaan dirinya yang tidak berapa sihat itu. Diambil tangan Nuh suruh merasa suhu tubuhnya. Nuh angguk bersama senyuman nipisnya. Ubun-ubun Luth diusap. Panas badan adiknya itu.

"Ya, Luth demam ni. Pergi hospital nak tak? Babang dengan kakak bawa Luth?" Pujuk Nuh. Bagai Nenda Asiah cerita, semua orang dah ajak tapi Luth taknak pergi. Dia tunggu Nuh juga datang.

"Boleh! Luth takit ni babang" adu Nuh dan Calla simpan senyum. Comel betul dua beradik di depannya kini.

"Ya, babang tahu adik babang sakit. Jom, Luth siap sikit. Lepastu kita pergi hospital" arah Nuh dan Luth akur tanpa banyak cakap.

Bukan taknak bawa pergi klinik, cuma Nuh risau klinik tak ambil case untuk pesakit kurang upaya seperti Luth. Lagipun Luth ada penyakit lain juga. Lebih baik berjumpa doktor pakar di hospital terus.

Calla membawa beg galas Luth dan Nuh memimpin adiknya. Nenda Asiah dan Megat Isa memandang mereka dengan perasaan cemburu.

"Ooo, Luth kalau babang Isa ajak taknak. Babang Nuh bawa Luth pergi pulak. Merajuklah macamni" Isa sengaja mengusik.

"Babang Nuh ada kakak cantik, babang Isa takda. Babang Isa cepat aaa kawen de-dengan kakak baik" jawab Luth membuatkan semua orang ketawa termasuk Calla Maleeka.

Pandai pulak tu dia memberi gelaran. Kalau Calla kakak cantik, kalau kekasih Isa kakak baik. Aduhai Megat Luth Iman ni sorang. Ada-ada saja ulahnya yang mencuit hati.

"Ye lah, nanti babang kahwin la dengan kakak baik tu. Luth behave okay pergi hospital. Jangan buat babang Nuh dengan kakak cantik tu susah hati" pesan Isa dan Luth angguk tanpa memandang si abang.

"O-owang tahu lah" jawab Luth dan Nuh mencebik mengejek Isa.

"Entahnya, orang tahulah nak behave. Jom Luth, kejap lagi makin takit pula" Calla tergelak mendengarnya.

Menyempat lagi dia membahan adik sendiri.



















TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now