25 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

"Habis awak tu matang sangat lah ya? Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak-"

"Dah, diam." potong Harlem.

Nadine menjeling tajam. Orang berhati batu ni mana nak dengar benda betul fasal diri dia kan?

"Lepas ni masak untuk diri sendiri saja. Simpan watak isteri mithali kau tu untuk suami kau nanti." Harlem berpesan sebelum melangkah keluar dari dapur.

Bola mata berputar ke atas menghantar kelibat Harlem. Menyampah betullah!

Ingat dia nak sangat ke masak sarapan tadi? Nadine buat semua ini pun sebagai tanda terima kasih sebab Harlem sudi membeli makanan untuknya malam tadi.

Tapi itulah. Macam biasa. Hati seorang Nadine ini memang serapuh kayu buruk. Baru sedikit Harlem menunjukkan perhatian, Nadine sudah hamparkan harapan seluas lautan.

Haih, sedar Nadine. Sedar!

Herlem benci kau!


















































* * * * *

Harlem menilik jam tangan. Pintu masuk bar diperhati sebelum pandangan jatuh semula pada skrin iphone. Jari sibuk membalas pesanan dari setiausahanya untuk menunda mesyuarat pada petang ini kepada pagi esok.

"Lama sampai?" tegur Darrell sebaik tiba di situ. Punggung dilabuhkan di sebelah Harlem.

"Boleh lah." jawab Harlem senada. Iphone dimasukkan ke dalam kocek kot hitam.

"Mana Az? Dia yang ajak jumpa, dia yang paling lambat."

"Hi my bros. Sorry lambat." kelibat Azrael muncul tepat pada waktunya. Azrael lantas mengambil tempat duduk di hadapan Harlem.

"Tadi aku hantar Lea balik rumah kejap. Lepastu patah balik pergi sini. Jammed pula tu." Azrael menyatakan alasan. Alasan yang jujur ya?

"Kenapa tak bawa Lea sekali? Rasanya aku dah lama tak jumpa dia." soal Darrell.

"Asal? Nak tanya pasal Armani? Dia model international kut. Merata aku tengok muka dia. IG pun ada. Pergi lah stalk dekat situ." usik Azrael mengundang senyuman kecil di bibir Harlem yang hanya diam mendengar.

Mula lah tu.

"Diamlah kau. Aku tanya elok-elok kan? Ke situ pula." tolonglah jangan sebut nama itu. Kalau Darrell ternampak gambar Armani di papan billboard atau di mana-mana kedai jenama-jenama mahal dan eksklusif Darrell akan sengaja butakan mata. Dia tak suka perempuan macam Armani.

Not my type!

Azrael tergelak besar. Terhibur melihat muka kerut Darrell bila disebut nama Armani. Selalu yang benci-benci ni lah yang berjodohan nanti. Macam Lea benci dekat dia dulu?

"Aku bukan tak nak bawa Lea datang sini tapi bila aku sebut saja nama Harlem wife aku terus bertukar jadi singa kelaparan. Aku tak naklah tengok Lea dengan Harlem berperang mulut pula dekat sini." beritahu Azrael terus terang.

Harlem memutar bola mata ke atas.

"Tak habis lagi marah dia tu? Aku bukan cari pasal dengan bini kau tu pun." getus Harlem tidak puas hati.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now