"Saya lebih rela mati berbanding harus kehilangan awak buat selamanya. Saya tak kuat, Ariq Farhan! Saya perlukan awak hiks..."

"Ariq... tolong sedarkan saya dari mimpi ngeri ni. Saya taknak terima semua ni. Sakit sangat..." Wajahnya ditampar-tampar bagi menyedarkan diri namun inilah kenyataan.

"Maafkan kami, puan. Izinkan kami bawa mayat suami puan untuk uruskan jenazah." Seorang ahli bomba meminta izin dengan nada bersimpati.

"Suami saya tak mati kan?" Wajah bomba itu ditatap sayu namun dia menggeleng perlahan.

"Maafkan kami, puan."

Mayat arwah Ariq telahpun ditutupi dengan kain putih lalu diangkat oleh pihak bomba. Qisya tak mampu bangun. Dia hanya mampu menatap pemergian suaminya itu dengan hati tak rela.

Dari jauh dia melihat seseorang yang berpakaian putih. Wajah lelaki itu sangat bercahaya. Dia tersenyum pada Qisya sambil melambaikan tangannya. Terbuka luas mata Qisya apabila melihat wajah Ariq yang sedang menatapnya.

"Ariq?" Air mata Qisya terus mengalir apabila melihat wajah tampan suaminya itu.

"Saya tunggu awak di syurga, bidadari Ariq." Itulah ucapan terakhir Ariq sebelum dia hilang dari pandangan mata Qisya. Bayangan Ariq hilang begitu saja seperti debu.

"Ariq..." Semakin kuat tangisan Qisya. Kenapa suaminya itu perlu pergi sekarang? Sumpah dia tak boleh terima kenyataan ini.

"Ariq Farhan!!" Teresak-esak Qisya menangis meratapi pemergian sang suami. Ini terlalu cepat dan dia belum bersedia untuk kehilangan.

"Qisya... bangun." Kepala diangkat tatkala Aish memanggilnya. Seketika dia terbayang wajah Ariq yang berada di depannya sekarang.

"Ariq?"

"Ni aku, Aish Rayhan."

"Aish... Ariq--- Ariq tak mati kan?" soal Qisya dengan harapan semua ini tak benar.

"Suami kau dah takda. Aku gagal lindungi dia. Sepatutnya aku datang lebih awal," ujar Aish turut menahan tangisannya. Dia juga tak rela namun siapa mereka untuk menidakkan takdir?

"Tapi dia janji dia takkan tinggalkan saya!" Qisya tidak mahu percaya.

"Dia pun janji takkan tinggalkan aku tapi Allah lebih sayang dia, Qisya."

"Kita ikhlaskan pemergian arwah tau? Bagi dia rehat secukupnya." Aish cuba memujuk meskipun dirinya sendiri terluka.

"Tapi Aish... Fareeq perlukan daddy dia. Kenapa awal sangat Ariq pergi tinggalkan kami?" semakin rendah nada suara Qisya berbicara.

"Aku dan Nayra akan tolong kau jaga Fareeq. Jadi, kau pun kena kuat demi anak kau."

"Tapi aku nak Ariq!"

"Jangan meratapi pemergian arwah, tak elok. Kau tak kasihan dekat arwah ke? Dia dah cukup menderita selama ni. Kita kena reda, Qisya."

Qisya terdiam mendengar ucapan Aish itu. Dia cuba untuk mengikhlaskan namun air matanya tetap mengalir laju. Terlalu berat.

"Jom kita uruskan jenazah arwah." Perit Aish menuturkan ayat itu namun dia harus kuat. Dia akan tunaikan permintaan terakhir arwah kembarnya itu.

ℒꕤ⌗⋆, 𝓐ǂഒ𓏲ָ ℱ𓂅ǂ⋈𓂅ଘ

QISYA menghampiri katil yang menempatkan mayat Ariq lalu dia membuka kain putih itu secara perlahan-lahan. Melemah lututnya tatkala melihat wajah rentung suaminya itu.

Air mata yang ditahan jatuh juga mengalir menghiasi pipi. Walaupun suaminya itu terkorban di depan matanya, dia masih seakan tidak percaya. Kenapa terlalu mendadak Ariq pergi?

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now