Aryan menghidangkan pengat pisang yang dibuatnya khas untuk Alyssa. Sebelum Alyssa tidur tadi Datin Katrina sempat bertanyakan kepadanya apa yang dia mengidam. Terus dia kata pengat pisang.

Datin Katrina baru ingin membuat pengat pisang itu tiba-tiba Aryan datang dan Datin Katrina beritahunya. Aryan terus mempelawa diri untuk membuat pengat pisang itu. Datin Katrina ragu-ragu tetapi Aryan kata dia tahu cara buat pengat pisang. Terima kasih kepada encik youtube lah. Disebabkan encik youtube sekelip mata saja Aryan dapat mempelajari banyak masakan.

Pengat pisang itu diletakkan di atas meja. Tak sabar Aryan nak Alyssa rasa masakan nya.

"Dah turun pun kamu berdua" kata Datin Katrina lalu Aryan menoleh ke belakang. Senyumannya pudar apabila melihat Afiq dan Alyssa yang sedang berjalan ke ruang makan sambil bergelak ketawa.

Sungguh dia rindukan senyuman Alyssa tetapi Afiq merupakan orang pertama yang melihat senyuman Alyssa setelah sekian lama. Tersentak hatinya bagai dicucuk pisau berkali-kali dan disiat-siat.

Aryan cuba menghiraukan rasa cemburunya atau ia akan mengawal dirinya. Nafas ditarik panjang sebelum dia bangun dari kerusi itu.

"Sweetheart, meh duduk sebelah hubby" kata Aryan sambil menarik kerusi disebelahnya. Berkerut dahi Alyssa apabila melihat Aryan memakai pelitup muka. Dia tak sihat ke?

"Aryan memang selalu pakai mask muka sebab alahan dia teruk sangat. Kalau dia terbau sikit je apa-apa lauk mesti akan muntah sampai peng-" tidak sempat Datin Katrina menghabiskan ayatnya Aryan sudah memotong.

"Sweetheart jom kita makan. Ibu mengandung tak boleh berdiri lama-lama" kata Aryan sambil memeluk bahu Alyssa ke meja makan. Alyssa melabuhkan punggung disebelah Aryan.

"Sweetheart mengidam pengat pisang kan? Hubby buatkan special untuk sweetheart" kata Aryan menayang senyuman manis dibalik pelitup muka itu. Ternampak matanya yang sedikit sepet.

Alyssa memandang pengat pisang itu lama. Dia sangkakan Datin Katrina yang akan membuatnya tetapi Aryan.

"Rasa lah susah tau nak buat pengat pisang ni. Penat hubby berperang dekat dapur tu" kata Aryan lalu tersengih di sebalik pelitup muka itu. Alyssa tersenyum kelat.

Tidak sempat Alyssa mahu mengambil sudu itu Aryan terlebih dahulu mengambilnya.

"Takpe, biar hubby suapkan" kata Aryan. Hanya pada saat ini Aryan dapat berromantik dengan Alyssa. Kalau hanya mereka berdua Alyssa selalu marah saja.

Alyssa menganga mulut lalu satu suapan masuk ke dalam mulutnya.

"Sedap tak?" soal Aryan teruja. Mata Alyssa membulat. Tak sangka masakan Aryan sedap macam ni. Dia kata susah tapi kenapa sedap sangat.

"Sedap lah tu sebab tu sampai terdiam. Kan?" Gembira Aryan sebab masih berpeluang untuk suapkan Alyssa walaupun dia tahu Alyssa akan marahnya nanti.

Alyssa hanya tersenyum kelat. Aryan mahu menyuapkan Alyssa lagi sekali tetapi dihalang Alyssa. Tersentak Aryan.

"Awak tak makan ke?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Oh, hubby memang tak makan malam. Kalau hubby makan pun termuntah balik. Sama ada hubby makan bubur ataupun tak makan terus. One day one meal" kata Aryan selamba.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now