22 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

"Kau tunggu, Nad! Kau takkan pernah bahagia selagi aku hidup!"


* * * * *













































































































Aura yang dirasakan di dalam kereta begitu kekok dan sepi walaupun suara penyanyi di dalam playlist kereta milik Harlem seakan mahu memeriahkan suasana.

Sepanjang 20 minit pemanduan Harlem, sama ada Nadine atau Harlem tidak ada seorang pun yang cuba mahu memulakan perbualan.

Harlem nampak begitu fokus dengan pemanduannya, manakala Nadine pula seakan tenggelam dengan lamunan sendiri.

Mungkin lebih baik jika mereka begini. Seperti orang asing yang tidak pernah kenal antara satu sama lain. Lepas apa yang jadi, tak mungkin Nadine dan Harlem akan menjadi orang sama seperti 10 tahun yang lepas.

Bunyi telefon bimbit milik Nadine sedikit memeranjatkannya. Segera tangan mencari telefon di dalam tote beg di atas peha.

"Hello." panggilan di sambut.

"Iya, Ezra. Saya di luar ni. Kenapa?"

Mendengar sebaris nama itu, ekor mata Harlem bergerak ke arah Nadine di sebelah.

"Malam ni?"

"Hm, boleh kut. Lagipun rasanya saya free je malam ni. Tapi saya kena tanya uncle-"

"Oh, awak dah tanya uncle. Cepat betul awak buat kerja ya?" Nadine ketawa kecil.

Namun ketawa Nadine segera mati apabila tiba-tiba Harlem brek secara mengejut. Hampir saja dahinya terhantuk pada dashboard kereta.

Nadine memusingkan kepala memandang Harlem di sebelah bersama jelingan tajam.

Sengaja nak bagi dia hilang ingatan ke apa?

Harlem menyembunyikan senyuman.

Puas hati aku!

"Yeah yeah I'm still here. Sorry, tadi driver bus tu tiba-tiba sakit otak break mengejut." Nadine menyambung perbualannya bersama Ezra.

Harlem menjeling tajam sekali lagi. Dia tahu ayat itu ditujukan kepadanya.

"Okay, saya tunggu awak di rumah. Bye." panggilan terus di matikan.

Suasana mula kembali senyap seperti tadi.

"Sekarang kita dalam perjalanan ke butik untuk cuba wedding dress kau tapi rupa-rupanya kau masih tunangan orang." Harlem tiba-tiba bersuara namun mata tetap fokus melihat jalan raya di hadapan.

Akhirnya Nadine mendapat jawapan kenapa Harlem mengajaknya keluar hari ini.

"Apa maksud awak? Tunangan-" Nadine terdiam seketika.

Oh, dia baru teringat. Tempoh hari Ezra pernah memperkenalkan dirinya sebagai tunang Nadine.

Haih, Ezra ni pun satu tau!

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now