21 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

"Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi, bang. Aku tetap dengan keputusan aku. Rancangan ayah tu bullshit. Aku langsung tak boleh terima." bidas Harlem menggeleng kepala.

"Lilia setuju dengan Harlem. Abang sendiri pun tahu kan apa yang keluarga Nadine dah buat pada keluarga ni? Tak mungkin Harlem setuju nak terima plan uncle macam tu saja?" celah Lilia pula.

Satu kelegaan buat Lilia kerana dia melihat Harlem begitu bermati-matian menolak perjodohan yang di rancang oleg Tengku Mazhar walhal hatinya masih terlalu sakit kerana bukan dirinya yang dipilih.

"Bukan aku minta kau setuju dengan permintaan ayah. Kau cuba lah pujuk dia dulu."

"Ayah dah betul-betul nekad, bang. Sekali dia dah buat keputusan, mustahil kau akan dapat ubah fikiran dia." beritahu Harlem.

"Aku nak keluar sekejap." Harlem mula membuka langkah.

"Kau nak pergi mana?" soal Hardy kehairanan. Dia dan Lilia saling berpandangan.

"Rosakkan rancangan ayah."











































































* * * * *

"Anggap sajalah ini cara untuk Nadine balas budi uncle sekeluarga."

Esakan Nadine pasti kuat setiap kali ayat itu terngiang-ngiang di telinganya.

Nadine dihimpit rasa serba salah dan kecewa. Memang selama ini Dato' Akhbar menjaga dia dengan baik, menyayanginya seperti anak sendiri dan Nadine akui dia rasa selesa tinggal bersama Dato' Akhbar walaupun isteri dan anaknya tidak menyukai kehadiran Nadine di dalam rumah itu.

Namun, dengan sebaris ayat itu mengundang persoalan besar dalam diri Nadine kini. Adakah selama ini Nadine hanya satu beban buat Dato' Akhbar sehingga orang tua itu sanggup memperjudikan masa depannya untuk membayar budi?

Nadine memang mahu melangkah keluar dari rumah itu, tapi bukan begini caranya.

Air mata semakin deras mengalir.

"Nad..."

Terasa bahu Nadine di sentuh.

"Kenapa hidup saya boleh semalang ini, Ezra?" luah Nadine berat.

"Apa salah saya?"

"Saya tak nak kahwin dengan Harlem."

"Tapi you masih sayangkan dia kan?" soal Ezra berani mati.

Esakan Nadine beransur kendur. Wajah Ezra di sebelah diperhati.

"Harlem bencikan saya. Awak sendiri boleh bayangkan apa yang akan jadi pada saya kalau saya duduk sebumbung dengan lelaki yang membenci saya seumur hidup dia?"

"Lagipun bukan perkahwinan ini yang saya harapkan walau macam mana sekalipun perasaan saya pada Harlem. Saya dengan Harlem tak patut bersama." balas Nadine.

"Tak pun you jumpa ayah Harlem. Biar you sendiri bagitahu dia yang you tak nak kahwin dengan Harlem." cadang Ezra.

Masalah Nadine ini terlalu berat. Jalan penyelesaiannya sulit untuk difikirkan.

"Tak semudah itu, Ezra. Harlem dengan uncle Mazhar tu sama-sama keras kepala. Entah-entah sekarang diaorang tengah bergaduh besar dekat rumah." jawab Nadine lagi.

Ezra hanya mampu mengeluh.

"Kali ini masalah you memang berat, Nad. I sendiri pun pening." Ezra menggaru kepala.

"Kalau dah tak ada jalan keluar, you kahwin dengan I je lah. Biar padan muka semua orang." cadangan Ezra itu mengundang tawa kecil Nadine.

"Tak pun saya lari dari rumah?" mata Nadine mula bersinar-sinar.

Kenapalah dia tak terfikir rancangan itu dari tadi.

"Jangan buat kerja gila, Nad. Dunia luar sana tu bahaya. At least you ada back up plan, jangan asal lari saja." Ezra membebel. Dahi Nadine di ketuk.

"Awak ajak saya kahwin tadi tu, yang itu bukan kerja gila lah?" Nadine menjeling geram.

"Itu namanya bergurau. Ke you betul-betul nak kahwin dengan I ni?" Ezra senyum senget.

"Cermin sikit muka awak tu ya? Perasan! Huh!" Nadine tayang muka menyampah.

"Muka I memang handsome pun, Nad. I tak terkejut pun kalau you ada simpan hasrat nak kahwin dengan lelaki kacak macam I."

"Oh, rupanya selama ini you ada hati dekat I ya?"

"Eee, comelnya!" Ezra cubit pipi Nadine.

"Comelnya baby kita ni. Dia suka kita tapi tak mengaku ye?"

"Ezra, jangan lah!" Nadine pukul bahu Ezra tanda geram.

Tawa nyaring meletus di bibir Ezra.

Masam wajah Nadine tanda tidak puas hati. Ezra memang suka mengusiknya begini.

"Jangan buat muka macam tu ya? Kalau Luna ada, lagi teruk dia sakat you. You patutnya bersyukur sebab I masih berlemah lembut dengan you." Ezra menghabiskan sisa tawanya.

"Memang padan pun you berdua. Sama-sama jahat." sempat lagi tangan Nadine memukul peha Ezra.

"Sakitlah!"

Padan muka! Puas hati aku!

"Tapi kan, kalau Luna masih ada sekarang mesti dia tahu nak selesaikan masalah saya. Girlfriend awak tu banyak akal sungguh. I miss her so much." luah Nadine tiba-tiba.

Ezra hanya senyum pahit.

"I hari-hari rindu dia, Nad. Tapi itu lah, sekarang tinggal kita berdua. So sekarang kita sama-sama kena fikir macam nak cari jalan keluar untuk masalah yang you tengah hadap sekarang."

"Saya buntu, Ezra." Nadine kembali muram.

Ezra genggam tangan Nadine erat. Senyuman nipis hadir dibibir seakan mahu memberi semangat buat gadis itu.

"Mungkin sekarang kita belum dapat selesaikan masalah you, tapi sekurang-kurangnya you dah puas menangis tadi kan? So lepas ni you akan lebih tenang dan fokus untuk hadap masalah you. Okay?"

Nadine turut tersenyum bersama anggukan kecil.

"Thanks."

"Ehem."

"Boleh aku jumpa kau sekejap?"

Suara garau serentak mengejutkan Nadine dan Ezra.

"Harlem?"

"Aku ada benda sikit nak cakap. Berdua. Di sini." sengaja Harlem tekankan perkataan 'berdua' sambil melihat ke arah Ezra.

Faham-faham lah ya.

Ezra menggulingkan mata ke atas.

"Nad, I tunggu you di kereta. Kalau ada apa-apa nanti, jerit kuat-kuat." Ezra membalas pandangan Harlem.

Selepas puas bertukar jelingan maut, Ezra melangkah pergi dari situ.

Nadine dan Harlem pula saling diam setelah kelibat Ezra semakin menghilang. Seperti kebiasaan, Nadine pasti tunduk kerana enggan menatap wajah Harlem.

Kekok, malu, takut. Semuanya menyerang Nadine saat ini.

Mata Harlem pula sibuk memerhati jari runcing milik Nadine mahu mencari sebentuk cincin pertunangan gadis itu.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" soal Nadine memecah kesunyian.

Suasana kekok sebegini begitu menyeksakan jadi biarlah dia bersuara terlebih dahulu.

"Aku nak cakap fasal pengumuman ayah malam tadi."

"Oh, tentang tu, awak jangan risau. Saya pun tak setuju dengan apa yang uncle-"

"Putuskan pertunangan kau dengan Ezra. Kahwin dengan aku."










La, habis ke?!!!!



-end of chapter 21-

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now