Alyssa berura-ura ingin bangun dari katil tetapi dihalang Aryan. Mereka duduk di birai katil.

"Kau tak cerita lagi kenapa kau tiba-tiba mogok lapar sampai dua hari" kata Aryan. Alyssa menunduk ke bawah.

Aryan memegang tangan Alyssa.

"Bagitahu aku Alyssa. Aku suami kau." Aryan mengusap tangan Alyssa.

"Aku nak minta maaf sebab tampar kau. Aku betul-betul tak sengaja. Aku minta maaf" kata Aryan lembut.

Alyssa menarik tangannya semula lalu pergi dari situ. Dia perlu cuba untuk hidup tanpa Aryan.

Aryan tidak menghalang Alyssa lagi. Kalau dia terus menghalang Alyssa pasti akan mengeruhkan keadaan lagi. Sudahlah Alyssa mogok lapar sampai dua hari. Dia tidak mahu Alyssa terseksa lagi.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Sudah hampir dua minggu mereka tidak bertegur sapa. Aryan dan Alyssa membuat haluan masing-masing. Mereka seperti orang asing yang tinggal dalam satu rumah.

Alyssa bercerita tentang hal rumah tangganya kepada Nabila kerana tiada sesiapa yang dia percayai lagi selain Nabila. Dia cuma cerita tentang April dan bukan tentang cara layanan Aryan terhadapnya. Bahaya kalau Nabila dapat tahu. Mahu dia langgar Aryan. Dia juga telah buntu untuk mencari jalan keluar dari masalah ini.

"Aku faham sangat masalah rumah tangga kau. Aku dah tengok banyak penyondol dalam drama melayu and semuanya memang spesies yang tak reti move on and nak runtuhkan masjid orang lain" kata Nabila disebalik panggilan video.

"Drama dengan real life mana sama Nabila." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Sama je... Aku ada idea. Kau ikut cakap aku confirm rumah tangga kau akan selamat" yakin Nabila. Sebelah kening Alyssa ternaik.

"Kau goda suami kau sampai dia tinggalkan penyondol tu. Engkau kena tunjuk pada penyondol tu yang kau lebih berkuasa daripada dia."

"Pangkat kau lagi tinggi daripada dia. Dia hanyalah perempuan simpanan yang tak ada harga diri yang datang untuk hancurkan rumah tangga kau."

"Tak macam bestfriend aku. Bestfriend aku sopan santun, baik, cantik. Yang paling penting kau bukan penyondol yang tak reti malu." Tegas Nabila berkata. Alyssa menggaru kepalanya. Melebih pula Nabila ini.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now