Bab Tambahan ✨ S

89 14 19
                                    

                                              SOLAR menyandarkan tubuhnya ke atas sofa. Sedap betul bila tubuhnya terbenam ke dalam sofa yang lembut itu. Kiub di tangannya dicapai, segala kombinasi pada kiub itu ditelek. Mencari-cari langkah untuk menyelesaikan kiub itu sementara kerja sekolah sendiri disuruh Blaze siapkan.

  "Kita orang dah balik." Halilintar pulang bersama Taufan dengan tangan mereka membawa beg plastik yang mengandungi bahan-bahan mentah. Secara automatik, tangannya berhenti menyentuh kiub itu.

  "Itu Halilintar kan? Hrm... macam biasa-biasa sahaja rupanya. Perangai dia pula entahlah. Bukan aku kenal sangat dia pun. Tapi perangai dia nampak macam serius macam Taufan dulu-dulu."

  "Woi, kalau nak buat monolog pun, buatlah dalam hati." Gopal menyampuk percakapan syok sendiri oleh Solar. Sebab inilah dia tak boleh ngam sangat dengan si Solar ini.

  "DIAMLAH!"

  Tengok, tak fasal-fasal mukanya terkena bantal!

...

  Solar senyap-senyap mengintai Halilintar dan Taufan membantu Gempa dan Tok Aba menyusun bahan mentah.  Sementara kembar-kembarnya yang lain sibuk bermain di luar seperti budak kecil, baik dia menyiasat personaliti Halilintar yang sebenarnya.

  "Yang ayam tu letak je dekat sinki. Nanti atuk boleh buat lauk ayam hari ni."

  "Okey, tok."

  Tidak semena-mena, topi Halilintar diambil oleh seseorang. Keempat-empat mereka menoleh ke belakang hingga mendapati sosok seseorang berlari keluar dapur. Terdengarlah juga bunyi gedebuk sebelum sosok itu kembali berlari naik ke atas semula.

  "Oh, itu Solar." Gempa memperkenalkan Solar walaupun jasadnya sudah kembali ke atas.

  Halilintar terdiam seketika. Wajah menyampah ditayangkan. "Solar memang buang tabiat macam tu en?"

...

  Kali ini sedang Halilintar baru naik ke atas,  tiba-tiba terdapat sesuatu benda terjatuh ke atasnya. Bukan setakat satu bantal, semua bantal dia kutip lalu dilemparkan mengenai Halilintar. Nasib tidak patah tengkuk anak orang itu!

  Boleh pula tergelak kecil sambil masuk bilik, langsung tidak memikirkan Halilintar yang memerhatikannya berlari keanakan lalu terus masuk ke dalam bilik.

  Tidak cukup dari itu, setiap kali Solar dapat bertemu Halilintar semasa BoBoiBoy berpecah, tidak habis-habis Solar mengenakannya. Pergi tembak dia dengan pistol airlah. Rampas telefon dialah. Pergi angkatkan gelas masa dia tengah minumlah.

  "Apa fasal aku rasa macam layan Hetir pula?" Halilintar merebahkan diri ke sofa. Alat kawalannya dicapai. Berkali-kali dipicit butang tersebut namun televisyen itu langsung tidak menunjukkan kesan. Diketuk-ketuk beberapa kali alat kawalan itu hinggalah dia perasan...

  Ah, ada orang buang bateri dia.

  "SOLAR!"

  Solar yang sedang berehat di kedai KokoTiam goyang kaki menghirup air yang dibuat sendiri. Dalam hatinya sudah tergelak jahat di dalam hati. Rupa-rupanya si Halilintar itu kuat juga marahnya. Seronok betul kacau dia. Lain kali tukar nama Halilintar jadi Halilintah sahajalah!

  "Solar..."

  Bahunya dipegang.

  Hrm... kenapa rasa tak selamat, ya?

...

  "Okey, satu, dua, tiga. Cepat ketuk ketampi!" Duri memegang telefon bimbitnya, merakamkan Solar dan Halilintar melakukan denda yang diarahkan oleh Tok Aba. Siapa suruh bergaduh sampai habis terbalik meja.

  "Tch. Kaulah ni." Solar menyalahkan Halilintar.

  "Aku? Kau yang mula dulu."

"Eh, kita muka sama kan. Jadi kaulah salah."

  "Huh..."

  Bayang-bayang Gempa melalui mereka berdua membuatkan mulut masing-masing terkunci rapat. Gempa siap tersenyum sambil terpejam rapat, dengan tangannya menggeggam batu hingga hancur... seolah-olah berkata, hendak gaduh lagi ke, nate?

  Solar mengerling ke arah Halilintar sementara mereka masih turun naik melakukan ketuk ketampi. Dia sorok-sorok tergelak kecil. Tengoklah reaksi cemberut dari Halilintar itu!

   Hahaha! Tidak sabar untuk mengenakannya lagi!

 

 

















✨✨✨

Ush tetiba buat special chapter. Kalau kau orang nak bab macam ni, mungkin aku akan buat sampai Gempa. Jadi kalau nak komen sahajalah nak 😔

Adada (BBB) Where stories live. Discover now