? ⚡ 30

130 17 26
                                    

?
- - - - - - - - - -
" Kenapa kau orang lambat sangat? "

.
.
.


                                            "BZZZZ... bzzz..."

Setiap langkahnya diorakkan ke arah Keraunos. Matanya dipejam lama saat ia bertembung dengan mata Keraunos. Adada menggenggam tangannya, lama. "Cukup, Keraunos."

Riuh-rendah suara-suara yang lain. Suara Duri dan Gopal paling bergema sekali sejak mereka berempat sudah bertapak semula ke tanah. Terkedu Adada memandang air muka Keraunos yang ketakutan melihatnya ketika dia membuka mata. Air liurnya ditelan. Bahunya yang kendur ditegangkan semula.

"Kau dah melampau, Keraunos."

Dua jarinya diletakkan pada dahi Keraunos. Masa untuk tamatkan semua ini.

"Serapan Voltra!"

"Nanti!" Hetir cuba menghalang namun dia dan Voltra dicampak jauh ke belakang gara-gara gelombang kuat yang meledak tiba-tiba. Tubuhnya berjaya disambut oleh Gopal. "Eh, Hetir? Kau okey tak?"

"Aku okey! Tapi..." Hetir menepis perlahan tangan Gopal pada bahunya. Dia pantas berlari ke arah Adada. Mukanya laju dilindung daripada cahaya merah yang terkeluar daripada Adada dan Keraunos. "Ergh! Dia tak boleh serap semua tu tanpa Voltrabot! Kalau tak, Adada akan hilang kawalan!"

"Takkanlah... masih ada sisa kuasa dekat Keraunos?" Ochobot sendiri terperanjat mendengarnya. Lagi-lagi setelah dia mengesannya dengan matanya sendiri. "Lagi... lagi satu pertiga."

"A...pa?" Gempa lekas mengangkat wajahnya, menoleh ke arah guruh dan kilat berdentum tepat ke atas Adada.

"DUM!"

Yaya memeluk ramai kanak-kanak yang ketakutan mendengar bunyi guruh yang mendadak itu. Ada beberapa orang ramai segera menjauhkan diri dari pintu dan ruang terbuka. Risau jadi alien panggang kalau sahaja sahaja menghulur tubuh di situ.

Seorang pak cik tua menjenguk sorok-sorok ke luar bangunan. Matanya terbeliak besar serta wajahnya berpeluh lebat melihatnya. Kakinya terasa lemah terus rebah ke tanah. "Kilat apa tu? Tak berhenti-henti"

"Pak cik, jangan duduk dekat luar! Nanti tak fasal fasal jadi lauk nanti!" Probe laju mendapatkan pak cik tersebut. Haih, tadi dia paling meronta hendak duduk di dalam. Risau teramatlah tak dapat hidup lagi untuk tengok Tora The Adventure.

Monolog Probe di dalam minda wayarnya terhenti saat permandangannya berubah. Pantas dia memanggil Adudu. "Encik Boss, tengok ni! Ada pertunjukanlah!"

"Pertunjukan apa kau merepek ni? Kau nak jadi besi terbakar ke dekat luar ni..." Adudu sendiri terkedu apabila tiba di sisi Probe. Sama-sama mereka bertiga mendongak memandang ke satu arah. Diekori oleh beberapa orang ramai termasuklah Ying, Yaya dan Tok Kasa.

"Kilat dan guruh..."

"Tak mungkinlah..."

"Ini..." Tok Kasa menyambung. "...macam kilat Santriantar."

Kilat berwarna merah itu tidak putus-putus menyambar pada satu kawasan. Bahkan bentuk kilat itu seperti bentuk air yang sentiasa mengalir. Meremang bulu roma mereka memerhati langit yang tidak dihiasi lagi oleh cahaya yang memancar merata-rata tempat, melainkan kilat dan guruh di situ semata-mata!

"Ergh..." Adada terundur beberapa langkah ke belakang. Kepalanya ditekan-tekan. Ah, ini sakit kepalanya lagi! Permandangannya sekejap kabur, sekejap jelas membuatkan dia semakin panik! Mata Keraunos yang terpejam menggerunkan dia.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now