A ⚡17

123 20 5
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
"Semua ni salah aku. Aku minta maaf."


.
.
.

                                       ANGIN bertiup menampar setiap daripada mereka. BoBoiBoy melepaskan pelukannya. Aduhai... dua-dua sudah sembap matanya! BoBoiBoy memegang bahu Adada. "Kau okey ke, Hali? Macam mana kau boleh ada dekat sini?"

  Yaya menjawab kekeliruaan BoBoiBoy. "Aku ada hantar mesej pada kau dengan Fang. Eh, Fang kau tak dapat ke mesej aku?" Yaya berpaling ke arah Fang. Lambat-lambat Fang menjawab. "Ah, erm... ah! Aku baru teringat! Tapi masa kau hantar tu, kita orang tengah offline."

  "Lagipun... aku bukan Halilintar." Adada menyapu air matanya. "Aku Adada."

  BoBoiBoy terkesima. Tangannya terjatuh daripada bahu Adada. Dia memandang kawan-kawannya, meminta jawapan. Ochobot lantas memberi penjelasan. "Sebenarnya Hali... Adada dah hilang ingatan."

  "Macam mana kau boleh hilang ingatan?" BoBoiBoy mendekati Adada dengan nada bergetar. Kemudian wajahnya diraup. "Ke sebab aku lambat sangat hari tu?"

  Mata Adada membulat melihat skrin jam BoBoiBoy membentuk jalur-jalur kelabu dan putih yang pecah bersama. Telinganya berdesing mendengar bunyi jam yang seakan-akan bunyi televisyen yang rosak! Belum sempat dia bersuara, pergelangan tangannya tiba-tiba terasa seperti ditusuk duri. Tangannya laju diangkat lalu dapat dilihat logo jam tangannya menerima nasib yang sama.

  "Eh, kenapa dengan kau orang?" Ochobot yang perasan sesuatu menghampiri mereka berdua. Gopal turut berteriak sesuatu. "Tadi aku nampak jam korang macam glitch glitch. Rosak ke?"

  BoBoiBoy pantas melihat jam tangannya. Logo pada jam tangannya bertukar-tukar... daripada logo api ke logo solar. Matanya dialihkan ke arah Adada yang terkedu melihat jam tangannya. Entah-entah... "Ah, Hali, kau nak hilang ke?'

  "Eh?" Adada terpinga-pinga apabila bahunya dicengkam oleh BoBoiBoy.

  Ochobot segera memotong kerisauan BoBoiBoy. "Ah, tak adalah. Nampaknya jam kau tak biasa lagi dengan perubahan Adada. Jadi sebab itu jam korang berubah-ubah bila korang dekat. Tapi, Adada tak akan hilang." BoBoiBoy menghela nafas lega mendengar penjelasan Ochobot. "Baguslah..."

Adada kehilangan kata-kata seketika. Dia silap lihatkah? Muka BoBoiBoy nampak risau sangat. Atau sebab dia 'tuan' aku? Lambat-lambat dia menyusun kata. "Kau okey ke?"

  BoBoiBoy menarik senyumannya. "Jangan risau. Aku okey."

  Dia tipu ke?

  Ying beralih pada lelaki berkerundung merah di belakang BoBoiBoy. Selamba badak sahaja lelaki itu tengok drama mengharukan itu tanpa berganjak. Keningnya bercantum dengan penuh persoalan. "Siapa pula ni? Kawan kau orang ke?"

  Fang memulai sesi perkenalan. "Oh ini kita orang jum..."

  "Nampaknya kau orang berdua dah jumpa antara satu sama lain."

  Mereka semua berpaling ke arah suara tua yang sangat dikenali. Dia berdiri di muka pintu kapal angkasa bersama tangan disorokkan ke belakang. Tangan Adada bergetar dalam perasaan yang penuh terharu.

  "Tok Kasa?"

  Adada segera berlari menuju ke arah Tok Kasa. Dia menghamburkan rasa terharu yang amat. "Tok Kasa, saya ingatkan Tok takkan bangun. Lepas kena hempap dengan batu tu..." Air matanya yang jatuh lagi dikesa. Entah mengapa dia banyak menangis sejak kebelakangan ini.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now