A ⚡ 18

124 20 14
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
"Semua ni salah aku. Aku minta maaf."

.
.
.

                                                       "HETIR."

   Hetir berdiri tegak sebelah seorang remaja lelaki berambut panjang. Yakni itu memang rakan segurunya, iaitu...

  "Keraunos."

  Keraunos langsung berdiri senang diri saat dipanggil suara itu. Santriantar memandang kedua anak muridnya. Habis bercalar-balar muka dan tubuh mereka gara-gara berlatih sebentar tadi. Kedua-dua kepala mereka diusap.

   "Kerja yang bagus. Kalian boleh pulang."

   Mata Hetir bercahaya kagum melihat Santriantar. Sosok bertubuh besi dengan rambut merah berkibar menambah gah pada orangnya Santriantar. Tambahan pula...

  "... tuanku bakal ratu akan datang. Jadi, bila tuanku ambil kami berdua yang anak yatim ni, jadi murid dia... saya rasa sangat bersyukur." Hetir membawa tangan ke dada lalu digenggam sekuat mungkin.

   "Pembantu obses ni." Kepala Gopal dihempuk Fang dan Ying serentak.

  "Tapi..."

  Hetir berlari anak ke tempat latihan. Seronok anak kecil itu bernyanyi kecil mengenangkan idolanya akan sampai tidak lama lagi. Matanya terpana ke arah Keraunos dan seorang perempuan seusianya di sebalik pokok. Mereka berdua seakan-akan berbincang sesuatu.

  "Ra'ada."

   Hetir segera menyorok di sebalik pokok.

   Perempuan itu berpaling ke arah Keraunos. "Jadi kau ada rancangan untuk rampas kuasa Halilintar dia tu?"

   'Kuasa Halilintar? Tu bukan ke kuasa Santriantar?' Kerana sibuk menjenguk, tangan Hetir terlincir daripada batang pokok. Dia terjatuh mencium rumput tidak jauh dari mereka berdua.

   "Keraunos dan kawannya rancang nak bunuh Santriantar, dan dapatkan kuasa Halilintar."

   Tubuh Hetir disebamkan ke batang pokok. Malahan, Keraunos tidak gentar menghala pedang ke arah leher budak kecil itu. "Jangan beritahu sesiapa, kalau tak... kau dengan Santriantar tu aku bunuh."

  "Lagipun... kau bukan ada sesiapa. Kau cuma anak yatim. Siapa nak percayakan kau? " Senyuman sinis Keraunos menakutkan hati kecil Hetir. Serta-merta budak itu menangis dan meraung.

  "Jangan menangis!" Pedang itu ditekankan.

  "Cukup, Keraunos!" Ra'ada mengalihkan pedang itu. "Kalau Satriantar dapat tahu, hancur rancangan kita. Jangan terlalu ikutkan emosi."

  "Dan bila aku tanya kenapa dia nakkan kuasa tu..."

  Keraunos dan Ra'ada memandang kosong ke arah budak kecil yang terbatuk-batuk itu. Seakan-akan mereka baru ditanyakan soalan bodoh, mereka berdua tergelak kecil.

   Keraunos menarik kepala Hetir mendekatinya. "Kau gila ke, Hetir? Siapa je tak nak kuasa Halilintar tu?"

  "Bila Santriantar sampai, aku terlalu... takut nak cakap. Jadi aku diamkan je. Beberapa tahun dah berlalu, jadi aku ingatkan apa yang Keraunos cakapkan tu... main-main je. Sebab tak ada apa apa terjadi lagi."

  "Mana Santriantar?" Hetir yang kini berusia remaja memerhati ke halaman istana. Pedangnya dikemaskan apabila dia melihat ramai askar mula panik ke sana dan ke sini.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now