A ⚡ 10

191 29 9
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
Bukan cari siapa kau
Tapi cipta siapa kau yang
sebenarnya. "

.
.
.

                           MALAM telah berganti siang.  Kerja-kerja yang berhenti tadi, mestilah diteruskan semula saat cahaya menerpa langit. Ada yang bersemangat,  ada yang masih lemah-gelemai dan Adada yang terjaga. 

   "HUH!"  Kaki Adada terus tegak berdiri saat terjaga.  Sekelilingnya diperhati merata-rata. Kenapa dia ada kat sini? Dia... pengsan lagi ke? 

   Eh... kalau pengsan,  siapa yang dia berkhemah malam-semalam? Tiba-tiba, rasa ngilu kepalanya menjalar ke telinga.

   "APA KAU TUNGGU LAGI? JANGAN TUNJUK BELAS PADA BUDAK INI!"

   Raja... Keraunos...

   Seluruh tubuhnya serta-merta mengigil.  Lutut Adada yang lemah seperti jeli membuatkannya jatuh melutut ke tanah. Macam mana dia boleh terlupa!

   'Apa yang aku kena buat?  Aku kena lari ke?  Tapi aku nak lari ke mana?  Macam mana kalau ayahda dapat tangkap aku?' Tangan Adada menggeletar menekup telinga.  Mungkin takut dengan malapetaka yang bakal menimpanya bila bila masa sahaja. 

   Nadanya bergetar.  "Macam mana kalau ayahda jumpa aku?"

   "Nah!"

   Ochobot automatik menjarakkan diri ke belakang.  Masakan tidak!  Ada mata pedang betul betul terhala tepat pada mukanya!  Kalau nak terkena renjatan elektrik,  silakanlah dekatkan ukhwah antara pedang Adada itu. 

   "A... aku bawa cekodok." Cepat-cepat Ochobot menghulur sebungkus plastik. 

  "Eh..." Adada memandang Ochobot dan plastik itu silih berganti.  Wajah alien lelaki tua dan perempuan berkaca mata itu dilihat sekilas.  Lambat-lambat dia menyambut. "Terima... kasih?"

   "Erm... Adada."

   Adada menggerakkan kepala bermaksud 'kenapa?'

   "Turunkanlah pedang kau tu dulu."  Berpeluh palsu Ochobot memintanya. Tak fasal fasal kena karen percuma nanti. 

   "Oh."

   Nampak gayanya sarapan pagi Adada bersama 'kawan baru'nya disajikan dengan cekodok dan botol air yang dikongsi sahaja. Bagi Ying taklah sebab dia bawa air sendiri. Masalahnya sekarang ini,  tiada sesiapa di antara mereka berani membuka mulut!

   Ying merenung Adada yang membisu makan.  Lagaknya macam puteri raja... eh tetapi dia memang putera raja pun.  Cuma Adada di hadapannya berbeza dari yang semalam.

   Yalah, semalam bukan main bersemangat menari, buka segala bukaan tarian dia lagi.  Siap boleh berjoget sehidup semati bersama Tok Kasa.  Tetapi bila bersua kembali dah macam tak ada semangat nak hidup. 

    Sekarang Tok Kasa dekat sebelah pun dilayan macam orang asing!

   Ying menelan semua sisa cekodoknya. Lambat laun dia menyoal Adada.  "Adada, yang malam semalam... kenapa kau nangis?"

   Riak wajah Adada berubah sedikit. Namun tidak menoleh.  Senyap.  Tiada sahutan.  Balasan itu membuatkan mereka bertiga saling berpandangan sehinggakan Ochobot terpaksa menukar topik. 

   "Ah, ya, ya.... Adudu dengan Probe tak ada kat sini. Dia orang pergi ikut Yaya ngan Gopal kat bandar." Sayangnya usaha Ochobot menghilangkan suasana janggal itu hanya disambut  'oh'  saja dari Adada.

Adada (BBB) Kde žijí příběhy. Začni objevovat