A ⚡ 19

122 18 2
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
"Kau lebih berharga dari semua ni."

.
.
.

                                         "KADANG-KADANG,  pertemuan itu akan berakhir dengan pengakhiran. Tetapi semuanya akan tertakluk pada kita. Sama ada kita akan jadikan pengakhiran tu menggembirakan, atau takdir yang buatkan ia menyakitkan." Penjelasan penuh makna dari Hetir hanya mendapat renungan menyampah daripada Adada dan yang lain.

   "Aku tanya macam mana korang jumpa je. Yang bermukadimah panjang lebar ni dah kenapa?" Adada memandang Hetir, jengkel. Namun Hetir langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Bahkan siap tersengih-sengih lagi! Tak padan dengan umur 100 tahun lebih!

  Fang menjawab bagi pihak Hetir. "Kita orang jumpa Hetir masa kita orang diteleportkan. Kita orang tersangkut dekat tiang elektrik. Dan masa tulah Hetir muncul."

  "Lepas tu Hetir tolong kau orang ke?" Adada cuba meneka.

  "Tak adalah. Dia tolong gelak je," sangkal BoBoiBoy.

  Eh... macam pernah lalui sahaja situasi begitu. Adada lantas memandang Ochobot yang sudah berpeluh palsu. Mendapat pandangan penuh makna dari Adada, laju Ochobot mempertahankan dirinya. "Eh... aku dah minta maaf kan sebab habiskan ubat kau tu."

  "Tapi kau habiskan semua..."

  "KAU TAK BAGITAHU BERAPA NAK KENA MAKAN!"

  "Ah..." Hetir mengeluh. "Lambat betul orang tua ni."

  "Kau pun tua juga."

  "Diamlah, Fang."

  BoBoiBoy mempersetujui keluhan Hetir. "Itulah. Tok Kasa kata nak buat latihan kat sini. Tapi bayang dia pun tak ada." Adada mendengarnya, mula menaruh syak waksangka terhadap Tok Kasa. "Entah-entah Tok Kasa tengah sedap-sedap makan kat kapal sana."

  "Tak mungkinlah... hrm, tapi boleh jadi juga," sahut BoBoiBoy. Tok Kasa itu bukan boleh kira pun.

  Semalam pun Tok Kasa meminta Adada, BoBoiBoy dan Hetir untuk menunggu di bangunan berdekatan mereka. Fang mestilah wajib ikut sebagai pembuat pelindung bayang. Ini bagi mengelakkan mata-mata Keraunos menangkap kelibat mereka. Sementara yang lain sibuk menjaga kapal.

  "Halilintar."

  Mata Adada yang sibuk memandang Hetir yang kini duduk bersila teralih. Siapa lagi antara mereka memanggilnya begitu kalau bukan dia? Padahal sudah berulang kali dia cakap supaya tidak memanggilnya sedemikian.

"Kau ada sakit kepala lagi ke?" BoBoiBoy bertanya.

Perlahan-lahan Adada menggeleng. "Rasanya tak lagi. Aku dah okey... kot? Memandangkan aku tak perlu bergantung lagi pada ubat." Adada terhenti seketika. "Kenapa kau tanya?'

  "Tak adalah. Sementara tunggu Tok Kasa, kau nak tak aku tunjuk sesuatu." BoBoiBoy mengujarkan kata sambil memegang jam tangannya. Adada terkedu, seakan menangkap sesuatu. "Kau nak berpecah ke..."

  "Tak bolehlah! Macam mana kalau Adada sakit lagi?" Ochobot menentang idea BoBoiBoy itu. Fang juga bersetuju. "Tulah. Jam kau pun nampak tak stabil bila dekat dengan... Adada."

  BoBoiBoy kelihatan tenggelam dengan rasa bersalah. Dia menunduk. Kejap, kalau berpecah lagi... maksudnya. "Tak apa. aku nak tengok." Adada menjawab dengan penuh yakin. "Tunjukkan dekat aku, BoBoiBoy."

  BoBoiBoy mengangkat wajahnya. Tidak semena-mena matanya berkaca. Tetapi dia gantikan rasa sebak itu dengan lorekkan pada wajahnya. "Hahaha, dia orang mesti tak sabar nak jumpa kau, Hali."

Adada (BBB) Where stories live. Discover now