A ⚡6

158 28 0
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Siapa yang kau
nak percaya ? "

.
.
.

   KEDUA-DUA tubuh itu sudah berpeluk sesama sendiri di penjuru dinding. Jantung si tuan sudah berdegup kencang, si robot pula berpeluh lebat seperti baru sahaja meredah hujan.
 
   Sosok bermata merah mula mendekati mereka. Di tangannya terseret pedang yang menghitamkan jalan yang mengenainya. Rasa-rasanya... nyawa mereka akan hilang bila-bila masa dilibas pedang itu!
 
   "Eh, eh, eh." Filem seram itu berhenti serta-merta. Penjual cekodok itu menyelit situasi serius Adada dengan kawan-kawannya. "Ha, aku tak kisahlah kau orang nak gaduh ke, nak membunuh ke... asalkan cekodok aku kena bayar."

   Adudu dan Probe saling berpandangan. Wajah masing-masing nampak tak berduit sahaja. Lambat-lambat Adudu menyerahkan kad kredit Plutonium pada penjual itu.
 
   Penjual itu menyambut kad itu berserta dahi yang berkerut-kerut. "Apa bendalah bayar cekodok pun pakai kad kredit."

   Bebel di mulut namun tangan cepat keluarkan mesin pengimbas kad kredit dari dalam poket. Yang hebatnya, muat pula poket bajunya dengan mesin itu.
 
   "Kau pergi mana Adada? Jauh kau lari!" Ochobot termengah-mengah mendapatkan Adada.

   "Tak adalah, aku jumpa kawan-kawan aku ni, ha!" Adada memalingkan ke arah Adudu dan Probe yang ketakutan. "Tak sangka boleh terserempak dekat sini. Lama tak jumpa dengan kau orang."

   Penjual itu menyumbat semula mesin itu ke dalam poket bajunya. Sempat dia menepuk bahu Adada, meminta untuk beredar. "Saya pergi dululah ya. Abang settlelah dengan kawan-kawan abang tu. "

   "Kawan-kawan kau? Mana... EH KAU? ADUDU DAN PROBE!" Ochobot terperanjat melihat gerangan sahabat karib Adada. Aduh, Adada... kau sebenarnya tak ada kawan ini.

   Penjual itu berhenti sejenak. Dagunya diusap. "Tetapi muka dia macam pernah kenal. Dekat mana ya?" Bahunya diangkat tanda tidak tahu. Baik dia pergi ke gerai cekodoknya semula.

   "Eh kau kenal dia orang, Ochobot?" Mata Adada membulat tidak percaya.

   "Mestilah aku kenal! Mereka nilah yang culik kau... lepas tu dia orang bagi kau dekat alien jahat!" balas Ochobot tanpa bertapis.

   Ha? Culik? Bagi?

   Adudu segera menafikan. "Eh, bukan. Bukan. Apa kau merepek ni? Mana ada kita orang culik Adada." Probe lantas menambah.

  "Yalah, Adada ni kan kawan kita orang. Ha, ini pun kita orang nak beli cekodok untuk dia." Cekodok yang setengah dimakan dihulurkan kepada Adada. Adada perlahan-lahan menolak cekodok itu jauh darinya.

   "Kawan?" Ochobot kelihatan tidak berpuas hati.

   Adada yang perasan riak Ochobot, cepat-cepat menjelaskan. "Ochobot, dia orang ni kawan-kawan aku. Dia orang pernah buat parti hari jadi untuk aku sampailah ayah aku datang ambil."

   Ochobot menjauhkan Adada daripada dua jantan tersebut. Dia membisik perlahan. "Sebenarnya yang ayah itu... bukan ayah sebenar kau."

   Adada menjawab. "Memanglah. Itu kan ayah angkat aku. Macam mana... kau tahu?" Ochobot kehilangan kata-kata, dia kemudian menunduk ke bawah.

   "Macam mana ni encik bos?" Nampaknya bukan Ochobot dan Adada sahaja saling berbisik-bisik... Probe dan Adudu ternyata ada juga agenda sendiri.

   "Kalau kita larikan diri, habis kita ni Probe. Tapi kalau Adada masih anggap kita ni kawan dia... aku ada rancangan." Suasana mereka berdua menjadi sunyi seketika.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now